Khasiat kentang, baik untuk jantung
KENTANG yang mudah didapati dan murah ini sememangnya sedap. Banyak masakan yang boleh dibuat berasaskan kentang ini.
Namun tahukah anda ada banyak khasiat daripada kentang ini? Jom kita lihat antara khasiat kentang.
1. Baik untuk kesihatan jantung
Kentang adalah makanan yang baik untuk jantung. Ini kerana kentang memiliki karotenoid yang mampu membantu jantung berfungsi dengan baik. Selain itu, kentang juga memiliki vitamin C dan B6 yang mampu melindungi radikal bebas daripada menjangkiti jantung.
2. Mampu menurunkan berat badan
Kentang jika direbus sahaja tanpa menambah sebarang perisa seperti garam dan diamalkan ia mampu menurunkan berat badan.
Kentang mengandungi serat yang tinggi. Justeru ia akan membuat anda rasa lebih kenyang dan bertenaga.
3. Merawat kulit kering
Tekstur kentang yang agar berair dan lembab mampu digunakan unutk mengatasi masalah kulit kering. Caranya adalah jadikan kentang sebagai masker wajah ia akan membantu memberi nutrien bagi melembabkan kulit. Hanya perlu potong nipis kentang itu rendam dalam air dan letakkan pada wajah dalam 10 minit. Anda akan rasa kelembapann pada wajah anda.
4. Menghilangkan lingkaran gelap bawah mata
Selain timun, kentang juga mempunyai sifat kesegaran dan sejuk. Ia sesuai untuk menghilangkan lingkaran gelap bawah mata. Caranya hiris kentang, sejukkan ia seharian dan gunakan pada mata di malam hari sebelum tidur. Lakukan ini secara kerap untuk mendapatkan kesannya.
5. Melancarkan pencernaan
Kentang yang kaya dengan serat ini juga mampu memberi pelancaran untuk sistem pencernaan anda. Apabila pencernaan lancar anda juga mampu mengelak daripada mendapat kanser usus.
Kentang sememangnya banyak khasiat. Bukan sahaja untuk kesihatan malah untuk kecantikan juga. Jadi tambahkan menu kentang dalam pemakanan harian anda.
Penulis: Suhaila Ali
Foto: unsplash
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang