SELAIN sedap diminum, adakah anda tahu bahawa kopi juga sebenarnya mempunyai banyak manfaat untuk kecantikan kulit.

Ini kerana kopi kaya dengan antioksidan yang melawan radikal bebas yang telah merosakkan kulit.

Selain membuatkan wajah berseri , bahan-bahan semula jadi ini mempunyai banyak manfaat untuk kecantikan kulit yang lain.

Anda boleh menggunakan kopi sebagai face mask atau scrub.
1. Merawat sunburn di muka

Pendedahan cahaya matahari yang berpanjangan boleh menyebabkan pembakaran kulit dan kerosakkan kulit muka.

Anda boleh menggunakan kopi untuk merawat kulit wajah yang telah lama terdedah kepada cahaya ultraviolet (UV).

Cara membuatnya adalah dengan mencampurkan kopi dengan kiub ais, kemudian celupkan tuala di dalamnya. Lap tuala di atas muka atau bahagian yang surnburn.

2. Merawat jerawat

Kandungan asid klorogenik dalam kopi adalah merupakan anti-bakteria dan anti-radang supaya kulit tidak lagi menjadi tempat untuk pembiakan bakteria yang menyebabkan jerawat.

Anda boleh campurkan kopi dengan air dan gosokkannya dengan lembut. Di samping itu anda juga boleh mencampur kopi dengan madu untuk menghilangkan parut jerawat.

3. Keluarkan sel-sel kulit mati

Sel-sel kulit mati dan kotoran adalah salah satu penyebab kulit kusam. Kandungan asid dalam kopi dapat membuang sel kulit mati dan melancarkan aliran darah yang tentunya juga dapat menjadikan wajah anda lebih cerah.

Iklan

Anda boleh campurkan kopi dengan susu. Campurkan sehingga sedikit pekat dan sapukan pada muka. Gosok perlahan-lahan pada wajah dan kemudian bilas.

4. Mengatasi masalah penuaan awal

Kopi mempunyai antioksidan yang boleh berfungsi sebagai anti penuaan . Antioksidan yang terdapat dalam kopi adalah polifenol. Polifenol boleh menangkis radikal bebas yang boleh merosakkan kulit. Di samping itu, kandungan polifenol juga boleh membaiki DNA yang rosak oleh cahaya UV yang merupakan salah satu punca penuaan pramatang.

Masker kopi boleh mengurangkan tanda-tanda penuaan lain seperti bintik hitam dan kedutan di muka. Oleh itu, gunakan topeng kopi secara teratur untuk mendapatkan kulit wajah muda!

Iklan

5. Merawat mata panda

Lingkaran mata gelap atau mata panda boleh mengganggu penampilan setiap orang. Kandungan kafein dalam kopi dipercayai membantu melancarkan peredaran darah di kawasan mata. Ini dapat menyamarkan lingkaran hitam di kawasan mata. Campurkan kopi dengan minyak zaitun sehingga menjadi pes. Sapukan masker kopi selama 10 minit, kemudian bersihkan. Gunakan masker kopi secara berkala untuk mendapat hasil yang maksimum.

Kopi adalah bahan minuman yang mudah untuk didapatkan, jadi jangan lupa cuba!

Sumber: Unsplash, tokopedia.com
Penulis: Fatin Syazwani