'Power bank' lama meletup sebelah isteri, rumah terbakar, pempengaruh rugi puluhan ribu ringgit

No Image Caption
A
A
A

TULAR sebuah video rumah seorang pempengaruh gadjet terbakar dijilat api selepas 'powerbank' meletup dan menyambar kain langsir di bilik tidur utama.

Pempengaruh yang juga pemilik Tiktok Amad Zahry mendakwa 'power bank' yang sudah lama tidak digunakan meletup di sebelah isteri lalu menyambar kain langsir di bilik tidur utamanya.

“Power bank masa meletup tu kami tak pakai pun. Meletup tepi isteri. Nak kata gelembung, tak pun.

Kejadian berlaku terlalu pantas, Amad memberitahu beliau tidak sempat membasahkan kain bagi menghentikan penyebaran api namun berpeluang mengambil telefon bimbit sebelum menyelamatkan diri ke jalan utama hadapan rumah.

Selain itu, kepulan asap hitam telah memenuhi setiap penjuru bilik telah menyukarkan dia dan isteri memadamkan api yang sedang marak.

Amad bagaimanapun bersyukur pihak bomba telah tiba lebih awal di kediamannya, namun api terlalu besar telah menyukarkan pihak bomba untuk memadam kebakaran dengan cepat.

Ujar pempengaruh itu lagi, api yang menjulang tinggi itu telah memusnahkan bilik tidur utama di tingkat atas dan atap rumah berkenaan.

“Tidak sempat basahkan kain untuk padam, asap hitam dah penuh dalam bilik. Sempat selamatkan telefon untuk telefon bomba. Bomba cepat sampai, alhamdulillah tak ada kecederaan.

Artikel Berkaitan:

Selain itu, ruang studio penggambaran dan beberapa barangan eletronik seperti telefon bimbit dan komputer hangus terbakar.

Kejadian yang berlaku pada sekitar jam 1.30 pagi itu telah menyebabkan kerugian mencecah RM20,000.

Dalam video yang dikongsikan Amad, kelihatan senaskah al-Quran masih jelas kelihatan dan hanya sedikit bahagian telah dimamah api.

Walaupun berat ujian yang menimpa, Amad bagaimanapun bersyukur bahagian tingkat bawah rumah dan kenderaan miliknya masih elok dan tidak dijilat api.

Kejadian yang berlaku di kejiranan Cheng, Melaka itu bagaimanapun tidak menjejaskan perumahan lain dan tiada sebarang kecederaan dilaporkan.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang