Adik wanita ditampar suami dalam 'live' tular di media sosial buat laporan, suspek 50-an dijejaki polis. 'Tinggalkan saja lelaki baran...'

No Image Caption
A
A
A

VIDEO memaparkan seorang wanita ditampar seorang lelaki dipercayai suaminya ketika berjalan keluar dari lokasi majlis sambutan Tahun Baharu Cina tular di laman sosial.

Video berdurasi 30 saat itu dikongsi oleh seorang pengguna TikTok, 'Smrmotorsport' dan turut dikongsi di laman X Malaysia Most Viral pada Ahad.

Dipercayai video yang disunting daripada siaran langsung, individu merakam video terbabit menzahirkan rasa terkejut apabila melihat wanita tersebut ditampar oleh lelaki berkenaan secara tiba-tiba.

"Serius 'beb', kakak tu kena tampar dalam siaran langsung video ni secara tiba-tiba.

"Dia (lelaki terbabit) masuk terus tampar kakak tu, sebelum ajak pergi," katanya dalam rakaman video tersebut.

Sehingga artikel ini ditulis, video berkenaan telah ditonton sebanyak 169,000 kali menerusi laman sosial TikTok.

No Image Caption

SUAMI 50-AN SEDANG DIBURU

Artikel Berkaitan:

Menerusi Astro Awani, polis telah mengesahkan menerima laporan daripada adik kepada wanita yang ditampar suami di Kota Warisan, Sepang.

Menurut Ketua Polis Daerah Sepang, ACP Norhizam Bahaman, laporan tersebut dibuat oleh adik mangsa yang mengesahkan bahawa wanita berusia 35 tahun yang dipukul itu adalah kakaknya.

Suspek berusia 50-an merupakan suami wanita berkenaan sedang dijejaki polis

"Kes kini disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan Seksyen 18 Akta Keganasan Rumah Tangga.

"Jika sabit kesalahan, suspek boleh dikenakan hukuman penjara sehingga satu tahun, denda maksimum RM2,000, atau kedua-duanya sekali.

No Image Caption

“Polis sedang giat menjejaki mangsa dan suspek. Kami menyeru orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian ini untuk tampil membantu siasatan,” katanya dalam satu kenyataan, pada Isnin.

Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi Pegawai Penyiasat ASP Mahafiz bin Mat Lawi di talian 010-2396533 atau Ibu Pejabat Polis Daerah Sepang di 03-87774222.

WARGANET MINTA TINGGALKAN SUAMI BARAN

Ramai yang meluahkan simpati kepada wanita berkenaan dan mempersoalkan tujuan tindakan kasar lelaki terbabit.

Rata-rata warga maya meluahkan rasa geram terhadap lelaki berkenaan dan meminta wanita terbabit angkat kaki setelah diperlakukan dengan kasar.

"Kasihan nasib perempuan ada suami begini. Bagaimanalah kehidupan sehariannya, mesti penuh trauma, sedih dan kesakitan. Lelaki jadi suami walaupun itu isteri kamu, kamu tak berhak menyakitinya. Dia masih anak orang dan adik seseorang. Dasar lelaki pengecut."

"Bukan tampar biasa tu, sampai terangkat kaki. Mungkin ALLAH hendak selamatkan kakak ini sebab tu masuk dalam live. Moga selamat dan harap buat laporan polis. Selamatkan diri dan anak-anak."

"Mungkin menunggu lama tetapi menampar isteri bukan alasan."

"Pantang betul lihat kekerasan terhadap wanita. Lelaki dayus je pukul orang perempuan yang lemah."

"Kepada wanita tinggalkan sahaja lelaki panas baran. Jangan pandang ringan, nyawa boleh melayang."

Sumber: TikTok, Astro Awani

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang