'Alhamdulillah panjang umur lagi...' Wanita ini kongsi detik cemas suami dihempas ombak besar bersama kayu balak

No Image Caption
A
A
A

BERPANTANG maut sebelum ajal, seorang lelaki di Kuala Kemaman, Terengganu nyaris dihempas sebatang kayu di Pantai Geliga Bukit.

Pemilik akaun TikTok Fmi Fazlin sempat memuat naik video yang memaparkan kejadian sebelum dan selepas suaminya dan beberapa orang di pantai berkenaan dihempas ombak besar pada jam 6.45 petang, 11 Januari lalu.

Fazlin dalam hantaran di TikTok tidak menyangka ombak besar yang turut membawa kayu balak itu akan ‘menghempas’ suaminya sehingga lelaki terbabit jatuh berlutut sebelum berdiri untuk menyelamatkan diri.

"Suamiku dilambung ombak. Kejadian di Pantai Geliga Bukit, belakang Klinik Kesihatan Kuala Kemaman.

"Tak sangka langsung ada ombak datang sekali naik kayu balak.

"Alhamdulillah semua selamat dan masih panjang umur," kongsinya.

Ketika kejadian, Fazlin berada di dalam kereta sempat merakam kejadian menimpa suaminya.

Artikel Berkaitan:

No Image Caption

Beliau mengakui perasaannya bercampur baur ketika kejadian berlaku namun meluahkan rasa lega apabila usia mereka masih panjang selain tidak kehilangan suaminya akibat dari insiden tersebut.

Ujarnya lagi, suaminya tidak keseorangan kerana terdapat tiga murid lelaki sekolah rendah dan tiga remaja perempuan turut berada di kawasan berhampiran.

"Ramai lagi yang melepak tengok laut ketika itu, tiga orang lelaki murid sekolah rendah dan tiga remaja perempuan.

"Impak ombak kuat di kawasan suami. Tiga budak lelaki tersungkur di hadpaan tetapi tidak dapat dapat dirakam kerena terhalang oleh cermin sisi kereta.

"Ada dengar suara orang gelak, orang kampung yang duduk di depan kereta.

Dalam hantaran lain, Fazlin tidak henti menitipkan rasa syukur semuanya selamat dalam kejadian berkenaan.

"Alhamdulillah, ALLAH beri teguran dan peluang lagi untuk meneruskan kehidupan," kongsinya.

No Image Caption

Warganet meluahkan syukur lelaki berkenaan selamat dan meminta orang ramai agar berhati-hati berada di kawasan pantai terutama di kawasan Pantai Timur.

"Moga dijauhi daripada malapetaka dengan mengelakkan dari tempat berisiko seperti ini."

"Subhanallah, gelora ombak menghempas sekelip mata tak terduga dek akal manusia. Syukur selamat semuanya."

"Nasib baik ada tiang tu, kalau tak memang kena dah balak tu. Jaga diri semua musim musim dia ni."

"Orang-orang tua marah sangat musim tengkujuh ke tepi pantai. Alhamdulilah selamat belaka."

Difahamkan setakat ini, fenomena air pasang besar dan angin kencang yang berlaku di Kemaman, Terengganu itu telah menyebabkan kediaman lima keluarga di Kampung Geliga Baru dibadai ombak.

Kejadian itu telah memaksa penduduk yang terjejas dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) di Balai Raya Kampung Geliga Pantai.

LAUT BERGELORA DI JOHOR, PAHANG, TERENGGANU & KELANTAN

Baru-baru ini Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan kenyataan angin kencang dan laut bergelora (kategori ketiga) melebihi 60 kilometer/ sejam (kmsj) dengan ombak setinggi melebihi 4.5 meter dijangka di kawasan perairan Johor Timur, Pahang, Terengganu dan Kelantan.

Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini adalah berbahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu ACP Azli Mohd Noor berkata lokasi berkenaan adalah Pantai Tanjung, Pantai Mengabang Telipot dan Pantai Seberang Takir di Kuala Nerus serta Pantai Batu Buruk di Kuala Terengganu.

Beliau berkata pemantauan ini bertujuan memastikan keselamatan orang ramai susulan fenomena ombak besar dan angin kencang yang dijangka mencapai kelajuan 60 hingga 70 kmsj sepanjang minggu hadapan.

Sumber: TikTok, Astro Awani, MetMalaysia

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang