'ALLAH lebih sayangkannya...' 16 jam bergelut maut, kanak-kanak lemas meninggal dunia, percutian keluarga bertukar tragedi

No Image Caption
A
A
A

KETIKA asyik menikmati percutian di sebuah rumah inap, siapa sangka detik santai penuh keriangan itu tiba-tiba bertukar menjadi tragedi yang memilukan buat keluarga ini.

Kanak-kanak yang dikenali sebagai Ahmad Firdaus Iqbal Ahmad Ridzuan, 7, meninggal dunia selepas 16 jam bertarung nyawa apabila kritikal akibat lemas di kolam renang. 

Tragedi itu berlaku di sebuah rumah inap di kondominium Taman Kota Shahbandar Kota Laksamana, Melaka.

Memetik laporan Sinar Harian, kesedihan tersebut dikongsikan si ayah dalam satu video yang dimuat naik ke akaun TikTok miliknya pagi Isnin.

Pada ruangan kapsyen akaun TikTok miliknya, hanya sepatah dua kata terluah cukup untuk menyayat hati.

“Doakan cahaya mata kami ditempatkan bersama-sama orang yang beriman... ALLAH lebih sayangkannya,” tulisnya.

No Image Caption

Artikel berkaitan

Artikel Berkaitan:

Kanak-kanak lemas dalam kolam buatan sendiri, ibu bapa ambil iktibar awasi anak

Kanak-kanak 6 tahun maut, tangan tersedut lubang air ketika meluncur ke dalam kolam renang

Dalam suasana duka yang menyelubungi keluarga, si bapa turut merayu kepada orang ramai agar mendoakan agar segala urusan mereka sekeluarga dipermudahkan ketika melalui saat-saat getir yang benar-benar menguji kekuatan jiwa.

Difahamkan, jenazah anak syurga itu akan dibawa pulang ke rumah keluarganya di Taman Rinting, Pasir Gudang, Johor, sebelum disemadikan di tanah perkuburan berhampiran.

Terdahulu, Sinar Harian melaporkan sebuah percutian yang sepatutnya menjadi kenangan indah telah bertukar menjadi detik hitam memilukan.

Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan I, Mohd Zahery Mohd Zailani berkata, kejadian itu dilaporkan berlaku sekitar jam 9.45 pagi sebelum tiga jentera termasuk van Perkhidmatan Penyelamat Perubatan Kecemasan (EMRS) bersama lapan anggota ke lokasi kejadian.

Allahyarham yang telah dikeluarkan dari kolam oleh orang awam dalam keadaan tidak sedarkan diri segera diberikan bantuan pernafasan resusitasi kardiopulmonari (CPR) oleh anggota bomba.

Menerusi hantaran Facebook ibu saudara, si kecil itu kemudian dirawat di Unit Rawatan Rapi Hospital Melaka.

Sumber: Sinar Harian 1, 2

 

 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang