Anak lelaki Ain Edruce diserang virus RSV. 'Baru beberapa hari, dah masuk wad balik'

Tidak sampai sebulan dilahirkan, anak pelakon dan pengacara Ain Edruce diuji dengan menghidap Respiratory Syncytial Virus atau RSV sehingga ditahan di wad.
Perkara itu dikongsikan oleh Ain atau pemilik nama Nurulain Edruce di platform TikTok yang mana dia berasa sebak melihat keadaan anak lelakinya yang belum mencecah usia sebulan itu perlu menjalani prosedur rawatan daripada virus RSV.
"Adik, lama dah duduk dalam wad. Jom balik. Kesian kakak Soraya rindu awak.
"Sedih mummy haritu tengok tangan kena cucuk jarum. Belum sebulan lagi awak lahir. Baru beberapa hari, dah masuk wad balik," tulisnya di bahagian kapsyen perkongsian tersebut.

Bagaimanapun, Ain memaklumkan bahawa keadaan anaknya semakin pulih walaupun belum sepenuhnya.
Dalam pada itu, Ain memohon doa orang ramai agar kesihatan anak lelakinya kembali sihat seperti sedia kala.
Meninjau ke ruangan komen, ramai ibu berkongsi pengalaman yang mereka hadapi apabila anak menghidapi masalah kesihatan yang sama. Mereka juga turut menasihati agar tidak membiarkan bayi didekati oleh orang luar.
"RSV memang jahat."
"Jangan bagi orang melawat... sekali dia kena RSV ni ada kemungkinan untuk kena lagi... sebab paru-paru dah ada parut dengan RSV ni..."
"RSV JAHAT!! Betul, anak saya intubate masa tu umur dia 30 hari. Alhamdulillah Allah beri kesempatan berjumpa lagi."
Memetik portal Hello Doktor, jangkitan Respiratory Syncytial Virus atau jangkitan RSV adalah virus yang menyebabkan jangkitan paru-paru dan saluran pernafasan.
Ia sering kali berlaku kepada kanak-kanak di bawah usia dua tahun dan turut berisiko untuk dijangkiti oleh individu dewasa.
Simptom jangkitan virus ini adalah ringan dan biasanya hampir sama dengan selesema biasa. Namun, ia boleh menjadi teruk bagi sesetengah kes, terutama pada bayi pramatang dan mereka yang mempunyai masalah kesihatan lain.
Jangkitan ini juga boleh menjadi serius pada individu dewasa yang lebih berusia, individu dewasa dengan penyakit jantung dan paru-paru, atau sesiapa yang mempunyai sistem imunisasi yang sangat rendah (imunokomprimi).
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang