Baik elak dari mengubati! Dr ini cara cegah migrain. Salah satunya catat makan & minum

No Image Caption
A
A
A

Makan tak ikut waktu, asyik fikir pasal kerja, keluar pagi balik malam tak sempat rehat, hujung-hujung kena migrain!

Migrain bukan sekadar sakit kepala biasa, tetapi boleh mengganggu rutin harian dengan rasa berdenyut yang boleh buat kita tak boleh fokus pada sesuatu kerja.

Jadi, sebelum semua ni jadi kenyataan atau kerap berlaku, baiklah mengelak dari mengubati!

Sebenarnya ada cara mudah untuk kurangkan serangan ni. Tak perlu ubat mahal atau rawatan yang rumit, ikut sahaja seperti yang dikongsikan oleh doktor perubatan dan pempengaruh, Dr Kamarul Ariffin yang berkongsi cara mudah untuk elak migrain. Selamat mencuba!

6 Cara Mudah Elak Serangan Migrain

1. Catat apa yang dimakan dan diminum

Kadang-kadang, apa yang kita makan boleh jadi punca migraine. Cuba tulis diari makanan – setiap kali makan atau minum sesuatu, catatlah. Bila migrain datang, kita boleh kenal pasti makanan yang mungkin jadi pencetus dan elaklah makanan tu.

2. Jangan “skip” waktu makan

Pastikan kita makan tepat pada waktunya. Jangan lewat-lewatkan atau abaikan waktu makan. Perut kosong terlalu lama boleh jadi sebab serangan migrain datang. Tak sempat makan berat? Kudap sesuatu yang ringan untuk elakkan perut masuk angin!

No Image Caption

3. Kurangkan kafein, perlahan-lahan

Walaupun kafein ada dalam kopi atau teh tu sedap, pengambilan berlebihan boleh menyebabkan migrain. Kalau nak kurangkan kafein, buatlah perlahan-lahan. Kalau terus berhenti mendadak, ia pun boleh jadi punca sakit kepala datang.

4. Tidur yang cukup dan teratur

Tidur bukan saja penting untuk segarkan badan, tapi penting juga untuk elakkan migraine. Pastikan tidur kita cukup setiap hari dan cuba konsisten dengan jadual tidur. Terlalu penat atau tak cukup tidur boleh buat kepala mula berdenyut.

5. Kurangkan atau uruskan stres

Stres memang tak dapat dielakkan, tapi ada banyak cara untuk uruskan stres; bersenam, meditasi, atau luangkan masa dengan keluarga dan kawan. Kalau rasa stres makin sukar dikawal, jangan segan untuk dapatkan bantuan profesional seperti sesi kaunseling.

No Image Caption

6. Bersenam secara konsisten

Bersenam bukan saja bagus untuk kesihatan fizikal, tapi juga mental. Bila kita aktif, badan keluarkan hormon yang boleh bantu kurangkan rasa sakit dan melegakan kegelisahan atau kemurungan – dua faktor yang boleh buat migrain jadi lebih teruk.

Dengan sedikit usaha dan perubahan gaya hidup, anda boleh mengurangkan kekerapan dan keparahan serangan migraine.

Mungkin ada yang rasa sukar untuk ikut kerana kesuntukan masa. Namun, tak salah cuba kan dari diri sendiri yang menanggung kesannya dikemudian hari!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang