Budak main mercun dalam rumah, sofa baharu bernilai RM4,000 terbakar! ‘Mak cik saya trauma’

No Image Caption
A
A
A

MENJADI kebiasaan ketika musim perayaan, malam hari dimeriahkan lagi dengan sesi bermain mercun dan bunga api.

Namun, berbeza dengan seorang budak ini yang bertindak membakar mercun di dalam sebuah rumah yang dikunjunginya baru-baru ini, sehingga menyebabkan sofa baharu di rumah berkenaan terbakar.

Kisah tersebut dikongsikan oleh @eeeznur_ di platform Threads apabila rumah mak ciknya menjadi kecoh kerana mercun meletup di dalam rumah.

Kejadian yang berlaku pada Syawal pertama itu menyebabkan sofa baharu bernilai RM4,000 terbakar. Insiden berkenaan bukan sahaja mencetuskan kekecohan, malah menimbulkan persoalan tentang keselamatan serta tanggungjawab ibu bapa dalam mengawasi anak-anak mereka ketika bermain mercun.

“First day raya, sofa mak cik saya terbakar sebab budak main mercun dalam rumah. Tak tahu nak cakap terbakar sengaja atau tidak. Lepas tu, kau lari kan budak. Ini bukan sikit, sofa RM4,000 orang baru beli. Harap mak ayah kau selesaikanlah sofa baharu ni.

“Tak tahu nak fikir baik macam mana sebab takkan mercun tu meletup sendiri?! Boleh bayang tak meletup dalam rumah! Mercun apa pun tak pasti sebab budaknya dah lari,” katanya.

No Image Caption



Insiden yang berlaku itu sedikit sebanyak telah membuatkan tuan rumah trauma.

“Korang, terima kasih yang memahami. Jujur memang sakit hati. Mak cik saya trauma, tak nak kasi budak masuk rumah dah. Dia hulur duit raya je,” tambahnya.

Bayangkan jika mercun itu meletup dalam ruang tertutup, risikonya kepada ahli keluarga yang berada di dalam rumah ketika itu sangat tinggi. Mujurlah tiada kecederaan serius, tetapi kerugiannya tetap besar.

Diharapkan ibu bapa budak tersebut bertanggungjawab dan menggantikan sofa yang rosak.

Kejadian sedemikian patut menjadi pengajaran buat semua supaya lebih berhati-hati dan mengawasi anak-anak ketika musim perayaan.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang