Cantik tapi berbahaya! Jangan main guna je pinggan bercorak, boleh jejas kesihatan

No Image Caption
A
A
A

PANTANG nampak pinggan mangkuk yang cantik pelbagai corak berwarna-warni, mesti rambang mata! Lebih-lebih yang jenis suka buat kandungan video, rasa nak beli semua.

Mungkin mata kita akan berpuas hati apabila menghidangkan makanan pada pinggan dan mangkuk tersebut, tetapi tahu tak sebenarnya ia boleh undang bahaya tau!

Memetik perkongsian Public Health Malaysia, pinggan cantik bercorak yang dibeli dengan harga murah tanpa cop keselamatan & tidak diketahui di mana penghasilannya lebih baik dijadikan hiasan sahaja.

Ini kerana, penggunaan pinggan mangkuk seramik bercorak yang mengandungi plumbum boleh membahayakan kesihatan.

No Image Caption



"Tahu tak, plumbum dalam corak atau lukisan pada pinggan mangkuk seramik boleh larut ke dalam makanan, terutamanya apabila digunakan dengan makanan berasid, panas, atau berminyak.

"Pendedahan kepada plumbum boleh menjejaskan kesihatan, termasuk risiko kepada otak, buah pinggang, dan sistem saraf terutama kepada kanak kanak. Kesan tak nampak ketara, tetapi anak mungkin ada gangguan dalam pembelajaran," tulisnya.

Oleh itu, sebagai langkah pencegahan, anda disarankan untuk menggunakan pinggan mangkuk kosong tanpa corak atau yang mempunyai corak di bahagian luar sahaja.

No Image Caption



Ini dapat mengurangkan risiko pendedahan kepada plumbum dan memastikan keselamatan makanan yang dihidangkan. Selain itu, anda boleh pantau ciri-ciri berikut sebelum menggunakan untuk menghidang makanan, iaitu :

1.Cari label ‘lead-free’

- Pilih pinggan yang mempunyai label bebas plumbum untuk memastikan ia selamat digunakan.

2.Elakkan pinggan tiada informasi kesihatan

- Pinggan tanpa maklumat keselamatan, atau asal usul boleh membahayakan.

3.Pilih negara penghasilan

- Pilih pinggan yang dihasilkan di negara yang menguatkuasakan peraturan ketat terhadap penggunaan plumbum.

Jangan sebab semuanya cantik terus guna tanpa periksa keselamatannya ya. Boleh jadi terdapat beberapa bahan terlarang semasa pembuatan pinggan mangkuk tersebut!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang