'Cuba berlari tapi tak sempat.' Hanya mahu kejar kakak lintas jalan, adik 5 tahun pergi selamanya
SUASANA pilu menyelubungi keluarga apabila seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun, Muhd Iman Nazhan yang meninggal dunia selepas terlibat dalam kemalangan tragis apabila dirempuh sebuah kenderaan
nderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Avanza di Jalan Paya Mengkuang, Masjid Tanah, Melaka.
Tangisan dan jeritan saksi kejadian tidak mampu mengubah takdir. Arwah disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan meninggalkan kesan mendalam bukan sahaja kepada ahli keluarga.
Pengasas Unit Khas Van Jenazah (UKVJ), Mr Wan Chai yang berkongsi detik terakhir menatap wajah anak kesayangan selepas jenazah si kecil itu diuruskan.
Suasana pilu menyelubungi saat ibu ayah dan ahli keluarga mencium jenazah anak syurga.
"Ibu bapa serta ahli keluarga tidak dapat menahan kesedihan ketika mencium wajah jenazah Muhd Iman mangsa kemalangan dirempuh MPV.
"Anak syurga ini dikatakan sedang bermain bersama kakaknya di hadapan rumah sebelum secara tiba-tiba melintas jalan.
"Semoga keluarga Allahyarham diberikan ketabahan dan menerima ketentuan ini dengan penuh reda terhadap qada serta qadar ALLAH," kongsinya.
Memetik Malaysia Gazzette, kejadian menimpa murid Tabika KEMAS Pengkalan Balak B itu berlaku pada jam 5.09 petang Selasa.
Bapa, Jasri Sainal, 39, difahamkan sedang mengawasi lembu di seberang jalan ketika kejadian berlaku.

“Waktu kejadian, saya sedang jaga lembu di seberang jalan manakala anak bermain dengan kakaknya sambil diperhatikan isteri di hadapan rumah sebelum tiba-tiba dikejutkan dengan dentuman kuat.
“Orang ramai mula berkerumun ke arah jalan raya dan hati saya terdetik agar nahas tidak melibatkan anak, tapi tak sangka rupa-rupanya memang anak saya terlibat kemalangan," katanya.
Ketika itu Muhd Iman dikatakan sedang bermain dengan kakaknya dan beberapa lagi kanak-kanak seusia di hadapan rumah.
Difahamkan, anak kelima daripada enam beradik itu memang tidak pernah bermain di jalan raya sebelum ini.
“Masa kejadian, seorang lagi anak perempuan saya dikatakan melintas jalan menuju ke arah saya tanpa saya sedari sehinggalah terdengar bunyi dentuman kemalangan.
“Waktu itu barulah saya dapat tahu rupanya Muhd Iman juga cuba berlari ke arah saya namun tak sempat,” katanya.
Detik kejadian begitu pantas membuatkan dia dan isteri, Siti Zainab Zakaria, 38, terkejut kerana anaknya itu tidak pernah bermain di jalan raya sebelum ini.
“Memang dia tak pernah ke jalan raya, tak tahulah apa nasib yang memanggilnya ‘pergi’ sedangkan baru sekejap sahaja dia ada di depan rumah sambil diperhatikan ibunya,” tambahnya.
Logo tercabut, ada kesan brek- Polis

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintenden Ahmad Abu Bakar berkata, ketika kejadian MPV yang melanggar Muhd Iman dipercayai sedang bergerak dari arah Paya Mengkuang menuju ke Masjid Tanah.
Kanak-kanak itu dipercayai sedang melintas dari kawasan perumahan ke seberang jalan sebelum dilanggar sebuah Toyota Avanza dipandu oleh seorang lelaki berusia 64 tahun yang bekerja sebagai penyelia.
"Akibat perlanggaran itu, mangsa mengalami kecederaan serius di bahagian kepala sebelum dibawa ke Klinik Kesihatan Masjid Tanah untuk mendapatkan rawatan.
“Bagaimanapun, mangsa disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan," katanya.
Lebih menyayat hati, dimaklumkan terdapat kesan brek sepanjang kira-kira lima meter di lokasi kejadian manakala logo kenderaan serta plat pendaftaran turut tercabut akibat impak perlanggaran.
Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan siasatan lanjut masih diteruskan.
Orang awam yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta menghubungi Pegawai Penyiasat kes, Inspektor Nurul Salina Rosli di Balai Polis Trafik Alor Gajah melalui talian 011-2543 5507 atau hadir ke balai polis berhampiran.
Sumber: Malaysia Gazzette, Sinar Harian, Mr Wan Chai
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

