Dah terbiasa letak pin tudung di bibir. Awas! Jika tertelan boleh bawa maut

No Image Caption
A
A
A

TAK cukup dengan kerongsang, wanita berhijab turut menggunakan pin tudung sebagai tambahan untuk tampak kemas dan lebih selesa di kepala.

Ketika seorang wanita itu memakai tudung, ada satu tabiat buruk yang sering mereka lakukan iaitu meletakkan pin di bibir seketika sebelum cucuk ke tudung. Betul, tak?

Namun tahukah anda, perbuatan itu boleh mengundang bahaya yang mana terdapat kes orang tertelan pin dan tersekat di saluran pernafasan.

Semua ini dikongsikan oleh seorang doktor perubatan, Dr Samhan di laman X miliknya. Rupanya teruk juga kesan jika tertelan pin tudung ini. Banyak kemungkinan yang akan berlaku. Jom ikuti perkongsian beliau.

Tabiat kepit pin tudung di bibir boleh bawa maut.Pin tudung ni dah macam sahabat baik wanita. Namun, kes tertelan pin tudung juga sudah banyak kali terjadi. Bagaimana boleh tertelan? Ia terjadi diluar kawalan. Kebiasaannya berlaku akibat terbatuk, terbersin, tarik nafas atau terlucut dari bibir.

Pin tudung ini sama ada akan masuk ke salur makanan (esophagus) seterusnya ke perut atau masuk ke salur pernafasan dan seterusnya ke paru-paru. Jika masuk di salur makanan, ada kemungkinan akan keluar bersama najis jika tidak tersekat.

Jika masuk ke salur pernafasan, ia akan tersekat di paru-paru dan boleh mengakibatkan pendarahan yang serius atau pneumomediastinum seterusnya boleh membawa maut. Kes sebegini akan dirawat menggunakan kaedah rigid bronchoscopy iaitu memasukkan kamera ke dalam saluran pernafasan sebelum menarik keluar objek berkenaan.

No Image Caption

Pembedahan jalan terakhir

Namun, jika masih tidak keluar, wanita berkenaan perlu berhadapan dengan pembedahan untuk membuang pin tudung berkenaan.

Jika tidak berjaya, maka pesakit tiada pilihan selain menjalani pembedahan di mana dada terpaksa dibelah untuk keluarkan objek berkenaan. Untuk elakkan kejadian berlaku, ikut cara ini:

1. Cucuk pin di lengan baju/atas tudung.

2. Pakai tudung instan.

3. Guna magnetic pin.

4. Guna pin kepit.

5. Elakkan buat urusan lain ketika melaram.

Mungkin ada yang beranggapan perkara ini tidak akan berlaku pada anda. Tetapi malang tak berbau kan? Hari ini boleh selamat esok lusa belum tahu. Jadi, hati-hati la ye!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang