Derita penyakit jantung sejak lahir, anak lelaki Baddrol Bakhtiar meninggal dunia

TIADA apa yang lebih menyakitkan buat seorang ibu dan ayah selain kehilangan insan tersayang.
Takziah buat bekas pemain bola sepak profesional yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gurun, Baddrol Bakhtiar dan keluarga atas kepulangan anak bongsunya ke rahmatullah pada pagi Rabu.

Muhammad Darwisy, menghembuskan nafas terakhir pada usia 12 bulan.
Si kecil itu yang sejak lahir menghadapi masalah kesihatan berkaitan jantung dan paru-paru pergi menghadap Ilahi di rumah mereka di Resort Homes Cinta Sayang lebih kurang jam 3.15 pagi tadi.

Pemergiannya bukan sahaja meninggalkan luka mendalam dalam hati kedua ibu bapanya, tetapi juga saudara kembarnya, Dhiya Dinara, serta dua kakaknya, Dhiya Daniya, 4, dan Dhiya Delisha, 9.
“Isteri saya mahu memberi susu kepada Darwisy, tetapi dia terkejut melihat wajah anak kami berubah dan tidak sedarkan diri,” kata Baddrol.
Tanpa berlengah, mereka segera menghubungi ambulans, pasukan perubatan yang tiba di rumah mengesahkan si kecil itu telah pergi buat selama-lamanya.

Jenazah Muhammad Darwisy kini berada di Jabatan Forensik Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) untuk proses pengurusan terakhir sebelum dibawa ke Masjid Al-Muttaqin, Taman Ria bagi disolatkan.
Dari situ, jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Solihin, Taman Kelisa Ria.
Sumber: Sinar harian
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang