Detik manis Redza Rosli & Bella Hanna, majlis gender reveal dedah bakal timang anak lelaki

No Image Caption
A
A
A

BEBERAPA keping foto majlis mendedahkan jantina anak sulung pelakon popular, Redza Rosli, kini tular di media sosial. 

Momen penuh bahagia itu bukan sahaja mencuri perhatian peminat. Tiada pengumuman atau pendedahan di laman sosial, rupanya Redza, 33,  dan isteri, pelakon Bella Hanna, 29, sedang menunggu kelahiran cahaya mata.

Terdahulu, penyanyi dan pelakon Wanns Ahmad mendedahkan beberapa foto majlis mendedahkan jantina anak sulung pasangan itu.

"Gender reveal baby sulung sahabat saya, Redza Rosli dan isteri, Bella Hana.

"Kalian rasa boy ke girl? Nanti Abe We belanja video reveal jawapan," kongsi Wanns.

No Image Caption

Menerusi Insta Story, Wanns yang berkongsi video memaparkan pasangan berkenaan menyemburkan semburan pewarna biru menandakan cahaya mata lelaki.

Warga maya teruja dengan perkongsian berkenaan dan mengucapkan tahniah buat Redza dan Bella.

Artikel Berkaitan:

"Tahu tahu pregnant. Sya rasa baby boy."

"Eh senyap sahaja tahu-tahu sudah besar perut. Tahniah."

Redza dan Bella  terdahulu diijab kabulkan pada 21 Jun 2024. 

Kedua-duanya pernah berlakon bersama menerusi drama Luruhnya Bunga Cinta musim pertama.

 

 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang