Noh Salleh bakal timang anak perempuan
TAHNIAH diucapkan buat vokalis kumpulan Hujan, Noh Salleh yang bakal menimang cahaya mata sulung tidak lama lagi.
Berita gembira tersebut dikongsikan menerusi video majlis 'gender reveal' kandungan isterinya, Fatin Athirah Mustapa.
"Little Athira or Little Noh?" kongsi sebuah pengurus acara yang turut menanda Noh di laman sosial.
Terdahulu, rakan baik Noh menerusi Instagram @bryanbotakchin berkongsi ucapan manis buat Noh dan Athirah memohon agar kehamilan pasangan itu sihat sehingga tiba waktu kelahiran.
Pun begitu, usia kandungan tidak didedahkan namun baby bump Athirah jelas kelihatan.
Rakan selebriti dan peminat yang turut gembira dengan khabar berkenaan mengucapkan tahniah serta mendoakan kesejahteraan ibu juga si kecil.
"Alhamdulillah congratulations!" kongsi Nabil Mahir.
"Alhamdullillah… Tahniah," titip Datuk Seri Siti Nurhaliza.
"Allah saksikan perjalanan Noh. He deserved this. Thank you ALLAH for making my idol life getting," coret @s.hajarazman
"Alhamdulillah congratulations Athira & Abang Noh," titip
@paradisachirana.
'Tuhan jemput awal...' Noh Salleh dedah anak meninggal dunia dalam kandungan
Noh dan Athirah terdahulu kehilangan anak pertama ketika di dalam kandungan pada Februari 2024. Si kecil dinamakan Julian pergi selamanya selepas usia perkahwinan mereka mencecah lima bulan.
Noh dan Fatin Athirah sah sebagai suami isteri pada 23 September 2023.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang
