'Dia ada cakap ini yang terakhir...' Abang ipar Riezman Khuzaimi meninggal dunia, terjatuh ketika mendaki Gunung Rinjani

No Image Caption
A
A
A

ABANG ipar kepada pelakon, Riezman Khuzaimi iaitu Rennie Abdul Ghani dilaporkan meninggal dunia selepas dilaporkan terjatuh di laluan Toren, Gunung Rinjani di Pulau Lombok, Nusa Tenggara Barat pada Sabtu.

Berita itu disahkan sendiri oleh Riezman menerusi hantaran komen menerusi laman sosial Facebook Hiking And Recreation around Malaysia ( H.A.R.A.M).

"Subhanallah abangku," komen Riezman yang turun memuat naik foto Allahyarham dalam format hitam putih.

Memetik Gempak, Riezman memaklumkan keluarganya sedang menguruskan untuk membawa pulang jenazah Allahyarham ke Malaysia.

"Kami tengah tunggu update bagaimana pengurusan untuk bawa balik jenazah," katanya ringkas.

Artikel Berkaitan:

Portal berita tempatan melaporkan melaporkan seorang pendaki warga Malaysia dilaporkan terjatuh di laluan Toren, Gunung Rinjani di Pulau Lombok, Nusa Tenggara Barat sekitar 12 tengah hari waktu tempatan, menurut pihak berkuasa taman negara.

Operasi mencari dan menyelamat dijalankan pelbagai agensi membabitkan puluhan anggota daripada Badan Nasional Pencarian dan Pertolongan (BASARNAS) Mataram, pasukan perubatan serta unit Pencarian Dan Pertolongan.

'DIA SANGAT SUKA MENDAKI' - ADIK

Allahyarham Rennie memulakan pendakian melalui laluan Sembalun pada 1 Mei bersama kumpulan seramai 23 orang.

Adik mangsa yang mahu dikenali sebagai Yana berkata pihak keluarga dimaklumkan mengenai berita itu kira-kira jam 8 malam tadi dan Rennie dilaporkan terjatuh jam 1 tengah hari (waktu Malaysia).

"Ikutkan pencarian di Google keadaan tempat abang saya jatuh tu memang curam dan (pendakian) sangat sukar.

"Kebetulan seorang anak Allahyarham berada di Medan, Indonesia. Jadi dia akan ke Lombok hari ini dan menunggu jenazah di sana.

"Selepas itu baru hubungi Kedutaan Malaysia di sana untuk di bawa pulang," katanya.

No Image Caption

Beliau turut memaklumkan Allahyarham menetap di Setia Alam, Johor Bahru bersama isteri dan anak-anak.

Syawal lalu, Renny difahamkan ada menyebut kepada keluarga, pendakian itu adalah yang terakhir akan disertainya.

"Dia sangat suka mendaki. Tapi dia ada cakap sebelum raya, pendakian ini yang terakhir. Dia nak masuk larian sahaja selepas ini.

"Kami pun janji nak pergi haji sama-sama satu keluarga tahun depan. Dia sangat teruja nak tunai haji tahun depan," katanya.

'ALLAH LEBIH MENYAYANGI' - DATUK AZIE

Sementara itu, isteri Riezman, Dato Azie Sheikh Mohd menzahirkan kesedihan dengan pemergian abangnya.

Titip Azie, ikatan mereka sekeluarga baharu bertaut beberapa tahun lalu.

"Innalillahiwainnailaihirojiun. Hari ini hati saya luluh mendapat berita abang kandung yang baru saya temui enam tahun lepas, kini telah pergi buat selamanya dalam satu tragedi yang amat memilukan.

No Image Caption

"Pertemuan, ajal dan maut itu kuasa ALLAH. Kami dilahirkan berlainan emak tapi satu bapa. Tidak pernah ditemukan sejak kecil tapi Alhamdulillah ALLAH menemukan juga kami 10 adik beradik kandung.

"Kami sedang merangkai ikatan sebagai adik-beradik, tapi ALLAH lebih menyayanginya. Ia satu kehilangan terlalu besar buat saya, tapi saya reda.

"Semoga ALLAH tempatkan abang dalam kalangan orang yang beriman," ujarnya.

No Image Caption

Usahawan wanita itu turut mengenang sifat Allahyarham yang sangat mengambil berat tentang adik-beradik mereka.

"Abang, terima kasih kerana hadir walau sekejap dalam hidup ini. I will always miss your jokes, the ones that weren’t really jokes and the way you always cared enough to ask how all our siblings were doing.

"Thank you Rennie A Ghani for being the best brother I could ever have will miss you a lot. Al-Fatihah buat abang kesayangan saya Rennie Abdul Ghani," titipnya.

Sumber: Facebook,Berita Harian, Gempak

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang