'Ramai-ramai keliling jenazah...' Murid PASTI meninggal dunia, kehadiran kawan ziarah & beri penghormatan terakhir undang sebak
TULAR di laman sosial video memaparkan perjalanan terakhir seorang murid tadika.
Biarpun masih kecil, rakan-rakan Allahyarham Muhammad Yusuf Ali Amin, 6, yang merupakan murid Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) Aqliah, Temerloh, Pahang turut hadir memberikan penghormatan terakhir.
Ramai sebak melihat momen jenazah si kecil itu dikelilingi oleh rakan-rakannya yang hadir menatapnya buat kali terakhir.
Menerusi video yang dimuat naik guru mereka menerusi laman sosial TikTok, murid-murid berkenaan yang mungkin masih belum memahami erti kehilangan berdiri berhampiran jenzah rakan sekelas yang sedang diuruskan di masjid.

Menurut Ahli Parlimen Temerloh, Cikgu Salamiah Mohd Noor, Allahyarham yang meninggal dunia akibat jangkitan kuman pada paru-paru.
"Memberi penghormatan terakhir bua Muhammad Yusuf Al-Amin Bin Mohd Zaki Al-Jihadi.
"Semoga roh Allahyarham Muhammad Yusuf Al-Amin Bin Mohd Zaki Al-Jihadi. ditempatkan dalam kalangan orang-orang soleh. Takziah kepada keluarga, semoga diberikan ketabahan dan kesabaran atas kehilangan yang amat berat ini. Al-Fatihah," kongsinya.
Laman sosial Pasti Malaysia mengucapkan takziah buat keluarga dan menjelaskan si kecil itu mengalami masalah pernafasan sejak sebulan yang lalu.

"Seluruh saff Ahli Lembaga Pengarah PASTI Malaysia merakamkan ucapan takziah di atas pemergian murid PASTI Aqliah, Temerloh, Muhammad Yusuf Al-Amin Bin Mohd Zaki Al-Jihadi telah kembali ke rahmatullah Pusat Perubatan Universiti Malaya, Kuala Lumpur.
"Arwah mula dikesan menghadapi masalah pernafasan kira-kira sebulan lalu dan telah dirawat serta ditahan di wad Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh selama hampir sebulan sebelum dibawa ke PPUM pada Syawal ketiga untuk rawatan lanjut.
"Pihak hospital mengenalpasti arwah mengalami masalah jangkitan kuman pada paru-paru," kongsinya.
Video yang menerima lebih 1.4 juta tontonan itu menimbulkan perasaan sayu warga maya. Rata-rata tersentuh dengan keakraban persahabatan hingga ke akhir hayat.

"ALLAH sungguh nampak sayu suasana lagi terutama ibu ayah Allahyarham. Percayalah anak itu sedang tersenyum melihat taman syurga."
"Bagusnya kawan-kawannya turun datang tengok untuk kali terakhir."
"Berlari-larilah ditaman syurga wahai anak soleh. Nanti tarik tangan ummi abi ke syurga ya."
"Yang menangis teresak-esak mesti kawan baik dia. ALLAH jempit di usia masih muda. Insya-ALLAH syurga tempatmu dik."
GANJARAN SOLAT DAN MENGIRINGI JENAZAH
1-Daripada Abu Hurairah, bahwa Rasulullah SAW telah bersabda:
“Barangsiapa mengiringi jenazah seorang muslim, kerana iman dan mengharapkan balasan dan dia bersama jenazah tersebut ketika disolatkan dan sehingga selesai dari penguburannya, maka dia pulang dengan membawa dua qirat, setiap qirat setara dengan gunung Uhud (satu pahala yang besar). Dan barangsiapa menyembahyangkannya dan pulang sebelum dikuburkan maka dia pulang membawa satu qirat”. (HR Bukhari No: 45) Status: Sahih
2-Memang antara tanggungjawab sesama Muslim ialah apabila meninggal dunia salah seorang daripada mereka hendaklah di solatkan dan dikebumikan.
3-Orang yang menyembahyangkan jenazah muslim yang lain kerana iman dan keikhlasan, dia akan mendapat ganjaran pahala satu qirat iaitu seumpama gunung Uhud iaitu ganjaran yang besar.
4-Orang yang menyembahyangkan dan mengiringi sehingga selesai pengebumian jenazah seorang Muslim kerana iman dan keikhlasan, dia akan mendapat ganjaran dua qirat iaitu seumpama dua gunung Uhud.
Ayuh kita merebut peluang menyempurnakan jenazah sesama Muslim.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang
