'Dia terlalu gembira dapat anak perempuan...' 10 tahun menunggu, isteri pilu Koperal Amiruddin tak sempat besarkan puteri tunggal

No Image Caption
A
A
A

NAHAS tragis Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) Polis Diraja Malaysia (PDRM) benar-benar menyayat hati. Impak hebat jentera pasukan itu dengan lori membawa muatan batu, lapan wira beret merah meninggal dunia termasuk Koperal Amiruddin Zabri.

Isterinya Allahyarham, Norazian Mohd Joned, 38, terpaksa menerima kenyataan suami tersayang sudah tiada.

Ibu kepada tiga cahaya mata yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kampar itu berkata, kali terakhir beliau bertemu Amiruddin tengah hari semalam sebelum Allahyarham bertolak ke Teluk Intan untuk tugasan luar sempena sambutan perayaan.

No Image Caption

"Dia macam biasa, siapkan barang untuk ke lokasi. Dia kata dah biasa kerja luar dan minta saya jangan risau.

"Tak sangka kejadian ini berlaku," katanya.

Paling hiba, rupanya pasangan itu baharu setahun menyambut kelahiran puteri tunggal yang dinantikan selama 10 tahun.

Menurutnya, sebelum ini, mereka dikurniakan dua anak lelaki, Amirul Firdaus, 12, dan Amirul Asyraf, 11, sebelum dikurniakan cahaya mata perempuan pertama Amira Sofea, yang kini berusia setahun.

Artikel Berkaitan:

"Dia terlalu gembira bila dapat anak perempuan. Kami sudah lama tunggu saat itu.

No Image Caption

"Tapi tak sangka kegembiraan itu tak lama," katanya sebak ketika ditemui di Unit Forensik Hospital Teluk Intan.

Menurut Norazian, Allahyarham Amiruddin telah 14 tahun menabur bakti dalam dalam pasukan polis sejak 2011. Malah arwah juga pernah bertugas di beberapa negeri termasuk Johor, sebelum berpindah ke penempatan terkini.

"Saya dapat tahu pasal kemalangan tu daripada rakan sekerja. Dia kata ada kemalangan babitkan Unit 5 dari Sungai Senam.

"Bila telefon suami, dia tak jawab. Saya hubungi rakannya, tetapi dia cuma minta saya tenang dan sabar.

"Masa tu saya masih keliru... betul ke? Sebab laporan awal cuma sebut enam orang maut," katanya.

Pun begitu, Norazian yang reda dengan ketentuan Ilahi.

KELUARGA TERKEJUT

Adik kepada Koperal Amiruddin, ,Sahal Zabri, 35, berkata keluarganya masih terkejut dengan berita kematian abangnya yang sebelum ini bertugas sebagai anggota polis biasa sebelum menyertai FRU.

"Sebelum kejadian, Allahyarham tidak menunjukkan sebarang tanda atau kelakuan pelik, jadi berita kematiannya amat mengejut ahli keluarga," katanya yang turut memaklumkan jenazah abangnya akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Itek, Gopeng.

Terdahulu, Ketua Polis Daerah Hilir Perak ACP Dr Bakri Zainal Abidin mengesahkan sembilan anggota FRU dari Unit 5 Ipoh maut dalam nahas di Jalan Chikus-Sungai Lampam ketika dalam perjalanan pulang, semasa konvoi pasukan itu dalam perjalanan pulang ke Ipoh selepas selesai penugasan perayaan Chitrapournami di sini.

Semua mayat terlibat dibawa ke Hospital Teluk Intan untuk bedah siasat.

Terdahulu, media mendedahkan senarai anggota yang maut dan tercedera dalam kemalangan tragis itu.

Anggota yang meninggal dunia di tempat kejadian:

1. Sarjan 1444998 Perumal A/L Sugunanathan

2. Koperal 175697 Nurit Ak Pandak

3. Koperal 182015 Amiruddin Zabri

4. Koperal 158356 Mohd Pozli Jaudin

5. Koperal 192419 Akmal Muhamad

6. Koperal 191640 Mohamad Hilmi Mohd Azlan

7. Lans Koperal 212315 Damarrulan Abdul Latif

8. Konstabel 240170 Akmal Wafi Annuar

10 anggota yang cedera dibawa ke Hospital Teluk Intan:

1. Koperal 145958 Haslizal Mohd Ali

2.Koperal 195894 Syed Isfan Syed Mohd

3.Sarjan 139425 Mazlan Mat

4.Sarjan 145088 Mohd Parih Ali

5.Koperal 187267 Mohd Harrisul ikhsan Mohd Mahabudin

6.Koperal 160486 Nizam Tarmizi

7.Koperal 196255 Mohammad Zulnaidi Muhammad Zullkifli

8.Koperal 162748 Mohd Izwan Ishak

9 Sarjan 151074 Mohd Roslan Abd Rahim

10.Lans Koperal 213379 Muhammad Aniq Taufiq Rozi

Sumber: Sinar Harian

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang