Sempat rakam momen terakhir dalam trak, video terakhir Konstabel Akmal Wafi Annuar undang sebak warganet

No Image Caption
A
A
A

SATU Malaysia turut berduka dengan kemalangan yang menimpa Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) Unit 5.

Tambah pilu apabila salah seorang anggota yang maut dalam kemalangan di Jalan Sungai Lampam, Teluk Intan, sempat memuat naik video merakamkan situasi dalam trak bersama rakan seperjuangan yang lain.

Menerusi perkongsian di laman sosial TikTok @Namrunchannel, Allahyarham Konstabel Akmal Wafi Annuar dilihat memuat naik video berkenaan menerusi status WhatsApp dan mula tular di media sosial.

Dalam video tersebut, jelas kelihatan beberapa anggota FRU lain sedang berbual antara satu sama lain, dipercayai ketika dalam perjalanan menuju ke Teluk Intan.

Sebelum ini, polis mengesahkan sembilan anggota FRU meninggal dunia dalam nahas di KM15, Jalan Sungai Manik–Sungai Lampam, Teluk Intan, pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Dr. Bakri Zainal Abidin berkata, seorang anggota meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Teluk Intan manakala lapan lagi maut di lokasi kejadian.

Selain Akmal Wafi, turut dilaporkan terbunuh dalam nahas tersebut ialah Sarjan S. Perumal, Koperal Nurit Pandak, Koperal Amiruddin Zabri, Koperal Mohd Pozli Jaudin, Koperal Akmal Muhamad, Sarjan Mohd Roslan Abd Rahim, Koperal Mohamad Hilmi Mohd Azlan dan Lans Koperal Damarrulan Abdul Latif.

Difahamkan, kenderaan FRU terbabit dalam perjalanan pulang ke Ipoh selepas selesai melaksanakan tugas di bawah Op Chariot di Teluk Intan.

@namrunchannel Salam Takziah kepada keluarga anggota yang terlibat #FRU#Unit5 original sound - Abam_JiwangkapaK



Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang