'Dipanggil dalam keadaan mulia, tetamu ALLAH di Tanah Suci.' Jemaah haji ketiga meninggal dunia akibat serangan jantung

No Image Caption
A
A
A

MUSIM haji 1446H menyaksikan gugurnya seorang lagi jemaah Malaysia di sana.

Aripin @ Ariffin Jawah @ Ab Halim yang berasal dari Tawau Sabah disahkan meninggal dunia di Rehab Al-Janadiriyyah pada jam 7.30 pagi waktu tempatan (2.30 pagi waktu Malaysia), 20 Mei 2025.

Berita duka itu disampaikan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar menerusi laman sosial Facebook rasmi.

"Saya merakamkan ucapan takziah buat seluruh keluarga Allahyarham Aripin @ Ariffin bin Jawah @ Ab Halim, jemaah haji Malaysia dari KT058, Maktab 90A.

"Allahyarham menghembuskan nafas terakhir akibat serangan jantung.

"Al-Fatihah buat roh Allahyarham. Semoga beliau ditempatkan dalam kalangan para solihin," titipnya.

Dalam pada itu, Na'im turut mendoakan agar balu Allahyarham, Norasiah Imam tabah menghadapi kehilangan suami tercinta ini.

"Saya mendoakan agar Norasiah, anak-anak serta seluruh ahli keluarga diberi kekuatan dan kesabaran.

Artikel Berkaitan:

"Al-Fatihah buat roh Allahyarham," kongsinya.

Menerusi perkongsian di Facebook, saudara mara Allahyarham sempat menitipkan ucapan pilu kehilangan Aripin. Titip mereka;

"Dipanggil ke Makkah untuk pergi selama-lamanya. Mereka baru sahaja berlepas dari Kota Kinabalu tempoh hari."

"Saya juga baru tahu tentang berita ini. Kasihannya mak cik, pulang seorang diri nanti. Semoga segala urusan haji mak cik Norsiah di sana dipermudahkan"

"Terkejut juga dengar berita ini. Moga roh arwah ditempatkan brsama orang-orang yang soleh."

"Salam takziah buat semua ahli keluarga kuat hadapi pemergian Aripin Haji Jawah. Moga tabah menghadapi dugaan ALLAH ini. Moga roh arwah tenang di sana. Buat kakak sepupuku, Norasiah kuatkan semangat untuk mengerjakan ibadah haji walaupun tanpa kehadiran suami di sisi. Moga mendapat haji yang mabrur, aamiin."

"Salam takziah. Innalillahi wa inna ilaihi rajiun. Beliau berasal dari Tawau dan baru sahaja tiba di Makkah pada Isnin yang lalu."

Imbas kembali, Aripin merupakan jemaah haji Malaysia yang ketiga meninggal dunia di Tanah Suci.

Terdahulu, negara berduka menerima khabar dua jemaah iaitu Norizah Tambonan, 47, dan Abdullah Mat, 59, yang juga meninggal dunia akibat serangan jantung.

Takziah buat keluarga Allahyarham daripada team SinarPlus, al-Fatihah.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang