Pergi dalam tawaf, di kawasan Kaabah, hantaran Facebook Norizah jadi kenyataan. 'Izinkanku berada di Tanah Suci milikmu'

No Image Caption
A
A
A

MENINGGAL dunia ketika tawaf, pemergian jemaah haji wanita Malaysia, Norizah Tambunan Nordin, 47, dicemburui ramai.

Jemaah dalam Rombongan Haji Kerajaan Johor (RKJ) dilaporkan meninggal dunia dalam kawasan Kaabah ketika bertawaf.

Berita duka itu disampaikan Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Johor, Mohd Fared Mohd Khalid.

Kata beliau, Penolong Pegawai Tadbir, Pejabat Daerah Batu Pahat itu memulakan tawaf sekitar jam 6.20 pagi dan kelihatan keletihan dan berhenti berehat beberapa kali.

No Image Caption

"Allahyarhamah menghembus nafas terakhir di kawasan Kaabah semalam.

"Dijemput datang sebagai tetamu, 'dijemput pergi' di tanah suci.. dalam ihram dan persiapan paling manis bertemu sang pencipta.

"Mewakil Kerajaan Johor saya mengucapkan takziah kepada waris Allahyarhamah," katanya menerusi perkongsian di Facebook.

Artikel Berkaitan:

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd Na'im Mokhtar mengesahkan kematian Norizah akibat serangan jantung dan disahkan meninggal dunia di Hospital Jiwar.

Saya difahamkan Allahyarham ini tidak sempat untuk menunaikan umrah wajib... beliau berada di dalam Masjidil Haram, (mengalami) serangan jantung ketika berada di dalam Masjidil Haram kemudian dibawa ke klinik berdekatan, kemudian dibawa ke Hospital Jiwar, dan telah menghembuskan nafas terakhir di hospital tersebut.

No Image Caption

“Jadi saya bersama seluruh warga Tabung Haji dan Kerajaan merakamkan takziah kepada keluarga Almarhumah Norizah Tambunan Binti Nordin,” katanya.

Difahamkan jenazah sudah disemadikan di Tanah Perkuburan Sharayaa 64, Makkah.

Artikel berkaitan:

HANTARAN FACEBOOK RUNTUN HATI

Hantaran repostmemories Facebook Allahyarham pada 27 Februari lalu benar-benar menyentuh hati.

Berkongsi video jemaah di Tanah Suci, beliau turut mengungkapkan kata-kata semoga doanya diperkenan ALLAH.

"Semoga ALLAH sudi mendengar doaku.

"Satu saat, izinkan aku berada di tanah suci milik-MU, aamin," titipnya.

No Image Caption

Warga maya yang tersentuh dengan pemergian mulia Norizah turut menzahirkan ucapan takziah. Tidak kurang yang tertanya-tanya amalan mulia Allahyarham.

"Salam takziah. Apalah amalan arwah ni dijemput pulang ketika ditempat yang paling suci, meninggal pada hari Jumaat di tanah Haram. Semuga di tempatkan dalam kalangan ahli syurga. Amin."

"Tengok hantaran Facebook arwah, ALLAH perkenan hajatnya."

"Al-Fatihah. Perginya pada hari Jumaat yang mulia. Arwah antara insan yang terpilih meninggal di Makkah. Sungguh mulia kematian beliau. Semoga roh nya di cucuri rahmat ALLAH."

Innalillahi wainna ilaihirojiun. Takziah buat keluarga Norizah Tambunan Nordin daripada SinarPlus, al-Fatihah.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang