'Diperlakukan seperti binatang, disepak & diseret...' Lelaki OKU mangsa pukul pasar tani bakal terima peguam percuma

No Image Caption
A
A
A

KETUA Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh, mengambil langkah tegas dengan menawarkan khidmat peguam secara percuma kepada seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) yang menjadi mangsa kejadian pukul di Pasar Tani, Padang Astaka Chukai, Kemaman, Terengganu, pada Jumaat lepas.

Menerusi hantaran di Facebook, beliau menyatakan komitmen penuh Pemuda UMNO untuk membantu mangsa mendapatkan keadilan.

Jelas Dr Akmal, beliau telah meminta Exco Pemuda UMNO Malaysia dan Peguam Pemuda UMNO Malaysia untuk mencari hamba ALLAH ini di Terengganu dalam masa terdekat.

No Image Caption

"Kita nak pastikan mereka yang buat perkara tak ada hati perut ini dikenakan tindakan undang-undang setimpal mungkin.

"Kami akan tawarkan khidmat peguam pemuda UMNO secara percuma. Saya difahamkan tiga orang sudah ditahan dan akan memastikan mereka yang melakukan perkara yang tidak berhati perut ini dikenakan undang-undang setimpal. Saya yakin bukan tiga orang tetapi lebih," katanya.

Dalam masa yang sama, Ahli Dewan Undangan Negeri Merlimau itu turut kesal dan kecewa lelaki berkenaan, lebih-lebih lagi seorang OKU mental diperlakukan tanpa perikemanusiaan.

"Terlanggar itu memang salah, tapi sanggupkah seorang manusia tengok hamba ALLAH bernama Muhammad ini dipukul dan diperlakukan sebegitu rupa.

Artikel Berkaitan:

No Image Caption

"Namun lebih menyedihkan apabila kami mendapat tahu dia adakah seorang OKU mental.

"Lebih menyedihkan hati saya ialah dia diperlakukan seperti binatang. Disepak muka, diheret, tak ada rasa berperikemanusiaankah?

"Takkan tidak tahu dia mental? Kalau tidak tahu sekalipun bukan begitu caranya, pukul beramai-ramai," kongsinya.

Terdahulu, lelaki ketidakupayaan mental dipukul beramai-ramai selepas dikatakan terlanggar salah satu gerai penjaja di sebuah pasar tani di di Chukai, Kemaman, Terengganu pada Jumaat.

Video yang memaparkan kejadian tersebut bertebaran di laman sosial menyaksikan lelaki berusia 47 tahun itu dibelasah, disepak, dipijak dan diseret di tapak pasar tani.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kemaman, Deputi Superintendan Wan Muhammad Wan Jaafar, suspek ditahan untuk siasatan ketika datang ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kemaman kira jam 8 malam hari yang sama.

Ketiga-tiga mereka yang berusia antara 18 hingga 60 tahun manakala kes disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang