"Doakan abah supaya dapat duit lebih...'Dua beradik ditemui rentung, bapa terkilan tak sempat beri anak wang saku

A
A
A

BAPA kepada dua beradik yang rentung dalam kebakaran di Jalan Lembaga Padi, Likas tengah hari semalam terkilan apabila tidak sempat memberikan wang saku kepada kedua-dua anaknya itu.

Lelaki yang dikenali sebagai Wahid Maulan telah berjanji kepada dua anaknya Almidah,14 dan Siti Faridah, 3 untuk memberikan duit belanja lebih banyak berbanding kebiasaan selepas pulang dari kerja.

"Saya sempat meminta kepada mereka berdua supaya mendoakan kerja saya lancar supaya dapat bagi lebih duit belanja,"ujarnya.

Bapa berusia 44 tahun itu juga sempat mencium mangsa sebelum bertolak ke Kota Belud untuk bekerja dalam bidang pembinaan.

Namun siapa sangka, kucupan itu merupakan ciuman terakhir sebelum kedua anaknya "berpindah ke balik papan" (meninggal dunia).

"Namun saya tidak menyangka kedua-dua mereka meninggalkan kami sekeluarga hari ini,"ceritanya.

Kejadian menyayat hati itu menemukan lima kanak-kanak rentung yang masing- masing berusia antara tiga hingga 14 tahun.

Artikel Berkaitan:

Antara lain tiga beradik yang dikenali sebagai Raisa Wahid, 4, Raidah, 3, dan Raina berusia 12 bulan.

Kejadian api marak itu telah meranapkan tiga rumah jenis tidak kekal dengan 100 peratus musnah termasuk satu stor, kedai runcit dan dua kenderaan.

No Image Caption

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lintas, Agustavia Joe Guasi berkata, kesemua mangsa berada di rumah yang sama yang dijaga oleh ibu yang sedang sarat mengandung.

Sebelum kejadian, ibu kepada tiga beradik sedang menjaga tujuh kanak-kanak termasuk tiga anak kandungnya.

"Ibu mangsa yang sarat mengandung dalam kejadian itu turut menjaga dua lagi kanak-kanak lain yang selamat dalam insiden ini.

"Bagaimanapun, lima lagi tidak sempat menyelamatkan diri termasuk tiga anaknya.

Semasa kejadian, wanita berkenaan dipercayai sedang sakit mahu bersalin.

"Bagaimanapun, belum sempat dia dihantar ke hospital, berlaku kebakaran tersebut.

"Wanita tersebut bersama dua lagi kanak-kanak yang selamat telahpun dihantar ke Hospital Wanita dan Kanak-Kanak (HWKK) Likas.

No Image Caption

Menurut pihak bomba, kesemua mayat mangsa ditemui di tempat yang sama iaitu berhampiran tandas di rumah tersebut.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang