Doktor kongsi langkah elak risiko keracunan makanan, ambil telur jenis ini kalau nak makan mentah!

No Image Caption
A
A
A

Telur dan bihun menjadi topik perbualan hangat pada Selasa ekoran kes kematian seorang remaja dan kanak-kanak akibat keracunan makanan.

Berdasarkan perkongsian Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan di laman facebook miliknya, beliau mengatakan sememangnya telur boleh jadi bahaya jika tidak dikendalikan dengan sempurna.

Tambah beliau, bakteria boleh mencemar telur dan menyebabkan gejala yang serius seperti cirit-birit, muntah-muntah, kejang perut, demam tinggi, dan dalam kes yang sangat teruk, kematian.

No Image Caption

Dalam pada itu, Dr Kamarul turut berkongsi beberapa langkah penting yang boleh diambil untuk mengelakkan risiko keracunan makanan daripada telur. Antaranya:-

1. Pemilihan: Pilih telur yang tidak retak. Walaupun telur yang tidak retak juga boleh dicemari bakteria sebelum pembentukan kulit telur, risiko keracunan adalah lebih rendah.

2. Pembersihan: Bersihkan telur dengan lembut sebelum menyimpan. Menggosok telur terlalu kuat boleh merosakkan lapisan perlindungan semula jadi pada kulit telur, yang boleh mempercepatkan kerosakan.

3. Penyimpanan: Simpan telur di dalam peti ais di dalam bekas yang tertutup untuk mengelakkan pencemaran silang dengan makanan lain. Suhu sejuk antara 0-4°C membantu menghambat pertumbuhan bakteria.

4. Pemeriksaan: Sebelum memasak, pecahkan telur ke dalam mangkuk untuk memeriksa kualitinya. Pastikan telur tidak berbau atau berwarna pelik yang boleh menunjukkan pembusukan atau pencemaran.

5. Masak telur dengan sempurna: Pastikan telur dimasak sehingga keras. Untuk resipi yang memerlukan penggunaan telur mentah atau separuh masak, gunakan jenis pasteur yang telah dibasmi kuman.

No Image Caption

Telur pasteur adalah telur yang telah diproses untuk membunuh bakteria berbahaya tanpa memasak telur sepenuhnya. Ini adalah pilihan yang lebih selamat terutama untuk resepi yang menggunakan telur mentah atau separuh masak.

Dr Kamarul turut mengingatkan, kanak-kanak di bawah umur lima tahun, warga emas, wanita hamil, dan individu dengan sistem imun yang lemah adalah lebih berisiko tinggi terhadap keracunan makanan. Oleh itu, mengambil langkah berjaga-jaga adalah sangat kritikal.

Info tambahan yang dipetik dari portal Hello Doktor, tidak terdapat sebarang ciri atau tanda khusus yang menunjukkan bahawa sesuatu telur itu telah dicemari dengan bakteria Salmonella, tidak kiralah sama ada ia masih mentah atau sudah dimasak.

Kewujudan bakteria ini hanya dapat diketahui melalui ujian makmal dan tidak boleh dilihat melalui penglihatan mata kasar. Namun, orang ramai boleh elakkan memilih telur yang mempunyai tanda-tanda berikut pada kulitnya:

Kulit telur retak

Terdapat banyak najis atau kotoran yang melekat pada kulit

Kulit telur terlalu nipis

Pori-pori telur terlalu besar

No Image Caption

Jika anda tidak membeli telur dengan tanda-tanda sedemikian, maka anda kurang berisiko untuk mendapat penyakit seperti keracunan makanan akibat daripada bakteria Salmonella.

Terdahulu, polis mengesahkan telah menerima dua laporan kes kematian melibatkan remaja lelaki berusia 17 tahun dan seorang kanak-kanak perempuan berumur dua tahun, disyaki keracunan makanan yang diambil daripada sebuah sekolah agama yang terletak di Gombak Selangor.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang