Dua sahabat ditemui lemas. 'Ibu larang mandi laut, kini adik bongsu pergi buat selamanya'

No Image Caption
A
A
A

KEGEMBIRAAN dua sahabat sedang bermandi-manda bertukar tragedi ngeri apabila kedua-dua dari mereka ditemui lemas di Pantai Batu Layar pada Ahad.

Mangsa kedua, Haqim Abdul Rahim Lee, 20, berjaya ditemui pasukan mencari dan menyelamat (SAR) kira-kira jam 7.55 pagi tadi selepas di dapati tersangkut di batuan pantai berkenaan.

Kakak Mangsa, Nur Diana Abdul Rahim Lee, 50, bagaimanapun mendedahkan, mangsa telah memaklumkan kepada ibunya mengenai perancangan untuk bermandi-manda bersama rakan-rakannya dan dinasihati agar tidak berbuat demikian.

Nasib tidak menyebelahi adiknya apabila mangsa dipercayai dibawa arus ombak ke kawasan lebih jauh bersama rakannya, Muhammad Syahmi ZamZam, 26.

Lebih memilukan dedah Nur Diana, adiknya itu pergi buat selama-lamanya genap 41 hari selepas bapa mereka meninggal dunia akibat sakit tua.

Baca juga: Dompet, kunci kereta milik Nur Farah Kartini di jumpai di Sungai Trolak, kelengkapan solat, beg duit & pengecas telefon masih dicari

Baca juga: Tunggu pulang daripada beli sayur, ibu sayu lihat jasad anak terbujur kaku

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang