Dompet, kunci kereta milik Nur Farah Kartini di jumpai di Sungai Trolak, kelengkapan solat, beg duit & pengecas telefon masih dicari

No Image Caption
A
A
A

POLIS berjaya menemukan kunci kereta Proton dipercayai milik Allahyarham Nur Farah Kartini Abdullah di lokasi kedua iaitu Sungai Trolak,Sungai Trolak, Kampung Batu 4, Trolak, Perak.

Memetik laporan Sinar Harian, kunci itu ditemukan penyelam Unit Siasatan Forensik Sub Akuatik Polis Diraja Malaysia (PDRM) kira-kira jam 11.20 pagi pada jarak 50 meter daripada jambatan kecil di sungai itu yang dipercayai menjadi lokasi suspek membuang barangan milik mangsa.

Menurut Buletin TV3, polis juga menemukan dompet dipercayai milik Nur Farah kira-kira jam 12.20 tengah hari tadi.

No Image Caption

Dompet itu ditemui kira-kira lima meter dari lokasi penemuan sebuah kunci kereta. Difahamkan dompet berkenaan mengandungi kad pengenalan dipercayai milik mangsa.

Terdahulu, pasukan penyelam dari Unit Sub Akuatik Forensik PDRM itu tiba kira-kira jam 10.30 pagi sebelum menyambung operasi mencari barangan dipercayai milik Allahyarham di sana.

Artikel Berkaitan:

No Image Caption

Buat masa ini, antara barangan yang masih dalam pencarian ialah kelengkapan solat, beg duit dan pengecas telefon bimbit.

Rabu lalu, pasukan yang sama berjaya menemui beg dipercayai milik Allahyarham.

Difahamkan reman suspek dilanjutkan selama tujuh hari lagi bermula esok (Selasa) bagi membantu proses siasatan.

Perintah lanjutan reman dikeluarkan Hakim Mahkamah Sesyen, Nurul Mardhiah Mohammed Redza bagi meneruskan siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

No Image Caption

Terdahulu, 15 Julai lalu negara digemparkan dengan penemuan mayat Nur Farah Kartini kira-kira jam 6 petang selepas enam hari dilaporkan hilang.

Gadis berusia 25 tahun yang berasal dari Miri, Sarawak itu gagal dikesan selepas menghantar kereta sewa kepada pelanggan berhampiran Taman Universiti, Tanjung Malim, Perak.

Susulan itu, seorang anggota polis berusia 26 tahun telah direman tujuh hari sehingga 22 Julai depan untuk siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Doakan semoga penyiasatan kes ini berjalan dengan lancar dan ada keadilan atas kematian alumni Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Multimedia) UPSI itu.

Sumber: Sinar Harian, Buletin TV3, Astro Awani

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang