'Dunia dia di sini.' Bapa dedah Ainul Mardhiah suka berkhemah, ramai terharu sihat aktif & semakin tinggi

No Image Caption
A
A
A

AINUL Mardhiah Ahmad Safiuddin, menjadi perhatian ramai sejak tahun 2019 selepas berjuang melawan ketumbuhan ‘Germ Cell Tumour.’

Pantas masa berlalu, tanpa sedar tujuh tahun tidak terasa namun si cilik itu terus berada di hati rakyat Malaysia. Malah media sosial ibu bapanya terus menjadi tumpuan mereka yang mengikuti perkembangan Ainul.

Dalam perkembangan terbaharu, kanak-kanak perempuan itu kelihatan begitu seronok menikmati alam semula jadi dengan berkhemah dan berkelah.

Anak sulung Ahmad Safiuddin Ahmad Razak dan Nurul Erwani Zaidi tersebut kelihatan gembira bermain bersama adik-beradik yang lain.

Menerusi perkongsian bapanya Ahmad Safiuddin, Ainul yang semakin aktif dan ceria.

Artikel berkaitan:

Aktif, sembuh & ceria. Ramai sebak, menitis air mata ikuti perkembangan Ainul Mardhiah. 'Terima kasih 7 tahun hingga kini'

"Alhamdulillah, segala pujian bagi ALLAH. Ainul dan berkhemah! Dunia dia di sini," kongsinya.

No Image Caption

Sementara itu, ibu, Nurul Erwani pula bersyukur dapat membawa anak sulungnya itu menikmati alam semula jadi.

 "Alhamdulillah dapat bawa Ainul camping untuk tahun ini. Seronok permandangan dan kawasan kem ini. Terima kasih  bagi suprise untuk Ainul dan belanja durian sekali. 

"Semoga kita sama-sama dimurahkan rezeki dan dipemudahkan urusan. Lepas ni boleh repeat datang sini lagi," kongsi ibu kepada tiga cahaya mata itu.

No Image Caption

Warganet menzahirkan rasa terharu melihat perkembangan Ainul yang sihat dan aktif. Tidak kurang juga yang menyedari sosok kanak-kanak berusia tujuh tahun itu semakin tinggi.

"Masya-ALLAH Ainul sudah tinggi dan semakin cantik. Alhamdulillah, moga sihat selalu sayang."

"Alhamduillah. Ainul sudah besar. Dahulu follow sejak dari usianya baby lagi. Semoga terus sihat."

" Big girl dah Ainul. Semoga membesar dengan sihat dan bahagia." 

"Ainul kesayangan Malaysia. Alhamdulilah sihat selalu ye Ainul."

"Kami seperti melihat anak sendiri membesar. Saya terharui dan bangga dengan Ainul dan ibu ayahnya. Semoga membesar dengan sihat." 

Sekadar info, selain Ainul, pasangan itu kini memiliki dua orang anak lelaki iaitu Umar, 5, dan Fateh, 3.

Sebelum ini, derita dialami Ainul Mardhiah pernah mendapat perhatian banyak pihak.

Pada usia lapan bulan, kanak-kanak itu bertarung nyawa selama lima jam menjalani pembedahan di London, United Kingdom (UK) bagi membuang tumor seberat 200 gram pada mulutnya.

Pembedahan diketuai Profesor David Dunaway dan Dr Juling Ong di Hospital Kanak-Kanak London.

 

 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang