Guna helah minta air, kanak-kanak perempuan cedera dagu jadi mangsa ragut. 'Suspek tarik rambut, ragut rantai emas di leher'

No Image Caption
A
A
A



SEORANG kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun cedera di bahagian dagu selepas menjadi mangsa ragut di sebuah apartmen di Presint 11, Putrajaya, pada Rabu.

Memetik laporan Buletin TV3, Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Aidi Sham Mohamed berkata, dalam kejadian kira-kira jam 9.46 pagi itu, mangsa yang berada di rumah bersama ahli keluarganya telah didatangi seorang lelaki yang mengetuk pintu rumah dan bertanya sama ada terdapat bekalan air atau tidak.

“Suspek kemudian berpura-pura meminta mangsa menyambungkan paip getah ke bilik air dan mengisi air ke dalam tong berwarna putih.

“Sebaik sahaja mangsa menyerahkan tong air berkenaan, suspek tiba-tiba menarik rambutnya dan meragut rantai emas di leher sebelum melarikan diri. Kerugian dianggarkan sebanyak RM5,530,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

gambar hiasan
gambar hiasan



Aidi Sham berkata, kejadian tersebut turut disaksikan oleh bapa mangsa yang bekerja sebagai pegawai penyelidik menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di rumah mereka.

“Rakaman CCTV menunjukkan suspek memakai jaket berwarna hijau, berseluar hitam, bertopi hitam dan memakai pelitup mulut.

“Mangsa mengalami kecederaan di bahagian dagu dan telah mendapatkan rawatan di hospital,” katanya.

Tambah beliau, usaha mengesan suspek kini sedang giat dijalankan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan,” katanya.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang