Hanya tinggal RM30 tengah bulan, kisah 1 pagi mekanik beranikan diri bantu bapa dua anak rosak motosikal tengah jalan undang sebak
MASYARAKAT kita terkenal dengan sikap prihatin dan saling membantu. Dalam situasi mencabar hari ini, empati dan kemanusiaan mengajar kita untuk tidak berkira menghulur bantuan ketika kecemasan atau saat memerlukan.
Seperti usahawan dan mekanik minyakhitamjalanan_ yang berkongsi kisah pilu ketika membantu sebuah keluarga mengalami kerosakan motosikal yang meruntun hati warga maya.
Tepat jam 1.00 pagi, ketika rata-rata orang sedang lena diulit mimpi, dia menerima menerima mesej daripada lelaki tersebut yang memaklumkan rantai motosikalnya putus serta spoket bahagian hadapan hilang.
Ketika kejadian, lelaki berkenaan yang juga bapa kepada dua cahaya mata dan isterinya dalam perjalanan pulang ke Bukit Jalil, Kuala Lumpur.
Lelaki itu yang tidak menerima pelanggan selepas jam 10 malam bersimpati dengan foto memaparkan kehadiran dua anak kecil.
'Selepas dia hantar gambar motosikalnya dan saya tengok ada dua budak dan isteri, terus mesejnya kembali untuk bertanya lokasi,"tulisnya.

Namun lelaki berkenaan sempat bertanya jumlah caj yang dikenakan untuk kerosakan. Namun selepas diterangkan bil RM140, jawapannya meluluhkan hati apabila dia berkata hanya memiliki RM30 kerana di pertengahan bulan.
"Saya kata tak mengapa. Walaupun tengah malam dan dia membawa keluarga kecil, saya tetap pergi.
"Bayar RM30 sekarang pun tak apa, hujung bulan bayar kemudian," kongsinya.
Untuk sampai ke lokasi Mohd Yusof berdepan cabaran apabila lokasi yang diberikan tidak tepat.
Jalan yang agak sunyi membuatkan dirinya lebih berhati-hati namun Mohd Yusof memberanikan diri kerana dia sendiri pernah berada di posisi yang sama.

"Aku dah tak fikir apa-apa. Aku pernah rasa bila duit cukup-cukup untuk keluarga," luahnya yang menjelaskan empati beliau datang dari pengalaman pahit keperitan hidupnya sendiri.
Perkongsian pemuda itu menjadi tular dengan lebih 800,000 tontonan. Warga maya terharu dengan sikap prihatin Mohd Yusof yang patut dicontohi.
Menerusi video yang dimuat naik oleh Mohd Yusof, beliau turut memaklumkan kepada lelaki berkenaan bahawa kos pembaikan itu tidak perlu dijelaskan kerana telah dibiayai menggunakan dana infak sumbangan orang awam.
"Seorang abang telah membantu, semua lelaki menitiskan air mata, bang… Allahuakbar. Semoga ALLAH menggantikan segala kebaikan ini dengan syurga buat abang."
"Kami berdoa semoga lampu isyarat sentiasa hijau untuk abang, poket dan dompet abang sentiasa tebal dan tidak pernah menipis, perjalanan abang sentiasa dipermudahkan, tidur abang sentiasa nyenyak dan rezeki abang sentiasa melimpah-ruah. Amin."
"Aku pernah berada pada fasa ini… duit tidak seberapa, dengan tiga orang anak lagi. Hidup seorang diri, tidak tahu kepada siapa hendak meminta pertolongan. Masuk habuk pula mata ini. Terima kasih, orang baik kerana membantu hamba ALLAH ini. Semoga diluaskan rezeki awak dan mempermudahkan segala urusan dunia dan akhirat. Amin."
Sumber: TikTok
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang
