'Harapan acik awak masih bernafas'  - Lelaki gadai nyawa terjun lubang pembentung cuba selamatkan kanak-kanak rupanya baru kemalangan

No Image Caption
A
A
A

WIRA tidak didendang, demikian ungkapan tepat ditujukan buat Muhammad Arsyad Jahaya, 35, yang bergadai nyawa cuba menyelamatkan mangsa, Allahyarham Abdul Fattah Khairul Rizal dalam tragedi Sabtu lalu.

Menerusi Facebook, Muhammad Arsyad  meluahkan rasa sayu tidak dapat menyelamatkan nyawa kanak-kanak itu.

"Harapan acik waktu itu, awak masih bernafas di bawah. Acik tawakal kepada ALLAH untuk turun jemput awak tapi acik cuma dapat bawa jasad awak yang sudah tak bernyawa.

"Acik minta maaf ya, sayang. Fattah anak yang baik, rehatlah ya. Fattah sudah dapat syurga yang Fattah nak. Mainlah puas-puas dekat di sana," titipnya.

Terdahulu Muhammad Arsyad nekad menyelam masuk ke dalam lubang pembetung demi menyelamatkan kanak-kanak itu yang terjatuh.

Dia yang hadir ke sekolah berkenaan untuk acara sukan anaknya didatangi seorang guru yang meminta bantuannya menyelamatkan mangsa selepas mengetahui dia pandai berenang.

"Waktu di sekolah, laporan yang saya terima daripada guru meminta bantuan saya untuk misi pencarian murid hilang yang didapati jatuh ke dalam lubang pembentungan.

Artikel Berkaitan:

No Image Caption

"Apa yang saya nampak, saya cuba untuk menyelam dan apa yang saya jumpai adalah adik Fattah di bawah sana," kongsinya. 

Menerusi video di Facebook YB Asna, Muhammad Arsyad  menerangkan segala urusan seolah-olah dipermudahkan oleh-NYA. Malah, pemuda itu mendedahkan dirinya baharu pulih daripada kemalangan.

"Sangat mudahlah urusan itu. Apa yang saya boleh rasa di bawah (dalam lubang berkenaan) waktu itu dalam keadaan gelap, tapi saya rasa terang. 

No Image Caption

"Arwah sangat ringan untuk diangkat. Rasa macam malaikat bantu saya.

"Saya baru mengalami kemalangan bulan lepas, 25 Ogos dan saya masih lagi dalam tempoh pemulihan. 

"Tapi ALAH hendak bantu waktu itu, saya tidak rasa sakit dan yakin untuk turun untuk bantu dalam misi menyelamat ini.

No Image Caption

"Saya juga salah seorang parent mengambil risiko itu untuk mencari. Hendak dijadikan cerita, bukan saya orang yang pertama dan saya dapat mengangkat (keluar) arwah dalam keadaan yang dah tak bermaya," kongsinya.

Dalam nada sebak, dia juga sempat meluahkan nekad biarpun mendengar pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia sedang dalam perjalanan.

"Masa itu memang nekad betul. Lepas itu saya dengar bomba on the way ke sana. 

"Saya fikir kalau bomba yang ambil di atas bawah itu, saya akan lebih terkilan. Baik saya yang ambil," tuturnya.

Terdahulu, media melaporkan murid Tahun Tiga, Abdul Fattah ditemukan tidak bernyawa selepas terjatuh ke dalam lubang kumbahan sedalam 1.8 meter berhampiran di kawasan sebuah sekolah di Lenggeng, Negeri Sembilan.

Lebih meruntun jiwa, putera tunggal dalam keluarga itu bertanya sekiranya kanak-kanak meninggal ketika kecil dimasukkan ke dalam syurga dan jika ya, arwah menegaskan mahu meninggal ketika kecil.

Sumber: Facebook

 

 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang