Hidap lupus seumur hidup, Vivy Yusof dedah stres punca utama. 'ALLAH lebih mengetahui, saya dah reda'

No Image Caption
A
A
A

BARU-baru ini, pempengaruh dan usahawan, Datin Vivy Yusof berkongsi berita duka menghidap penyakit autoimun lupus atau systemic lupus erythematosus (SLE).

Ahli perniagaan berusia 38 tahun itu mengungkapkan perjalanan hidupnya sebagai pesakit  autoimun sistemik itu.

"Lupus. Bunyi macam nama haiwan liar dan ya, namanya memang bermaksud ‘serigala’.

"Ia tepat sekali kerana penyakit ini menyerang dalam diam, ganas dari dalam. 'Mengoyak' tubuh perlahan-lahan, tanpa kita sedar.

"Saya pun tak tahu. Sebab semua gejalanya letih berpanjangan, ruam, sakit sendi yang saya anggap perkara biasa. Maklumlah, orang sibuk bekerja. Letih tu lumrah, kan?

No Image Caption

"Tapi sebenarnya, musuh paling besar dalam semua ni adalah stres.

"Saya fikir urus stres dengan baik. Sebagai usahawan, saya jarang sakit, sentiasa positif. Tapi diam-diam, tubuh saya sedang ‘runtuh’ dari dalam," titip Vivy.

Artikel Berkaitan:

Vivy atau nama sebenarnya Vivy Sofinas Yusof mengakui biarpun akan menghadapi komitmen seumur hidup dalam menguruskan lupus, beliau sudah pasrah dan berserah kepada Tuhan.

Melihat sisi terang, Vivy terus bersangka baik dan terus berusaha mendapatkan rawatan yang terbaik.

"Syukur, saya akhirnya disahkan menghidap lupus. Sekurang-kurangnya sekarang saya tahu apa yang sedang berlaku dalam badan ini dan bagaimana untuk merawatnya.

No Image Caption

"Saya diberitahu ini penyakit seumur hidup dan dah reda.

"Tapi itu tak bermakna saya berhenti mencari ikhtiar. Saya sentiasa cuba cari jalan rawatan yang lebih lembut untuk tubuh  terutama yang bukan steroid. Allahu a’lam.

"ALLAH lebih mengetahui. Saya hanya teruskan langkah, satu hari pada satu masa," coretnya.

Terdahulu , ibu kepada empat cahaya mata itu memaklumkan bahawa dia agak terkejut disahkan lupus. Dalam satu buletin pada Mei lalu, Vivy mendedahkan penyakit dihidapinya tanpa penawar dan momen didiagnosis.

Sekadar info, lupus merupakan penyakit kronik autoimun yang menyaksikan antibodi pesakit bertindak balas dengan tisu badan sendiri.

Persatuan SLE Malaysia menganggarkan lebih 10,000 pesakit dikesan menghidap masalah kesihatan tersebut sejak 30 tahun lalu di Malaysia.

Sumber: Instagram

 

 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang