Ibu bapa jangan percaya anak-anak sepenuhnya. Depan baik, belakang keluar taring. Guru disiplin ini titip teguran!

No Image Caption
A
A
A

SESETENGAH ibu bapa merasakan sudah cukup mengenali anak-anak kerana mereka yang membesarkan cahaya mata sedari kecil sehingga kini meningkat remaja.

Tingkah laku anak-anak yang baik di rumah juga menjamin perangai mereka ketika berada di luar.

Namun, tidak semua begitu. Pergaulan dengan rakan sebaya sedikit sebanyak telah mengubah perangai anak-anak ini sekali gus menjadikan mereka seolah individu yang berbeza daripada yang dikenali oleh ibu bapa.

Keadaan seperti ini mengelirukan ibu bapa yang bersungguh-sungguh memenangkan anak-anak ketika mereka tertangkap melakukan kesalahan di sekolah. Itulah yang dihadapi sendiri oleh guru disiplin, Shahzalina Ghazali yang menceritakan kembali di laman Facebook miliknya.

"Saya guru disiplin yang dilantik secara rasmi mulai tahun ini. Setakat enam bulan persekolahan, memang selalu sangat berjumpa ibu bapa yang sangat defensif dan sentiasa memenangkan anak-anak mereka.Cikgu salah. Anak saya baik. Saya kenal anak saya bagaimana.

"Ramai ibu bapa tak faham atau saja-saja buat tak faham, mungkin. Sesetengah anak ni, depan ibu bapa sikapnya lain. Di sekolah keluar taring. Sekurang-kurangnya, janganlah kata yang cikgu ni menipu atau saja nak kenakan anak dia.

"Apa, kau ingat anak kau terpaling bagus, hebat sampai cikgu tak ada kerja lain nak kenakan anak kau saja? Ini bukan drama sendu pukul 7 petang," luah beliau.

Beliau juga menitipkan teguran supaya jangan terlalu manjakan anak sehingga boleh mengakibatkan masa depan yang buruk.

No Image Caption



"Cikgu ke sekolah untuk mengajar. Saya sendiri ada 32 waktu seminggu, 8 kelas nak diajar. Tingkatan satu Sejarah ada 8 bab. Tingkatan dua Sejarah ada 10 bab. Saya tak ada masa untuk berdrama. Masa saya suntuk dan saya mahu gunakan masa saya sepenuhnya untuk MENGAJAR. Bukan untuk uruskan kes disiplin semata-mata.

"Saya ucapkan takziah buat ibu bapa yang terlalu memanjakan anak, defensif dan tak menyokong usaha sekolah mendisiplinkan anak, sehingga akhirnya melahirkan sampah masyarakat," jelasnya.

Dalam pada itu, beliau juga akui teguran yang dibuat kerana sayang dan menganggap mereka ibarat anak sendiri serta hanya menjalankan tugasan sebagai guru.

"Seperti yang saya katakan kepada pelajar saya, saya marah dan tegur kerana saya kisah dan sayangkan kamu ibarat anak-anak saya sendiri. Bila saya sudah tak peduli lagi, lihat muka kamu pun saya akan buat tak kenal.

Yang penting saya sudah laksanakan tugas saya sebagai guru.

"Kena ingat, keibubapaan yang buruk akan menghasilkan anak-anak yang bermasalah," ulasnya.

No Image Caption



Apapun, selidik dahulu sebelum menangkan anak-anak. Kadangkala mereka sembunyikan perangai mereka yang 'nakal' itu daripada ibu bapa.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang