Ibu perasan anak berpaling muka setiap kali fokus pandangan jauh, rupanya tanda masalah mata ‘malas’

No Image Caption
A
A
A

SETIAP ibu bapa pasti akan menyedari perubahan anak-anak mereka, terutamanya apabila melibatkan tingkah laku yang berbeza daripada sebelumnya.

Seperti kisah seorang ibu ini yang berkongsi semula detik-detik ketika mengetahui keadaan anak perempuannya yang mengalami masalah mata dua tahun lalu.

Menurut pemilik akaun Nurida Mocha di platform TikTok, anaknya bernama Sansa akan mengubah pandangannya apabila sedang fokus untuk melihat dengan lebih jelas. Beliau akan memalingkan muka ke tepi dan anak mata hitamnya turut beralih seakan-akan memerling.

“Hari ini, 30 April 2023. Kami selalu perasan Sansa selalu buat macam ini kalau nak tumpukan perhatian. Lama-lama makin menjadi-jadi pula,” kata wanita itu.

No Image Caption



Oleh sebab itu, Nurida akhirnya membuat keputusan untuk membawa anaknya berjumpa pakar mata.

“Lepas berjumpa dengan doktor, Sansa kena pakai cermin mata. Sebab jika tidak dirawat, Sansa mungkin akan dapat mata juling atau mata malas,” jelas beliau.

Melihat kepada respons orang ramai di bahagian komen, kebanyakan daripada mereka mengalami masalah yang sama dan turut berkongsi kisah tentang keadaan ‘mata malas’ yang mereka alami.

“Saya dah dapat mata malas tu. Dia kurang refleks berbanding lagi sebelah.”

“Saya pun macam ini. Lazy eyes. Kalau leka, memang akan senget sendiri. Kalau alert, auto betulkan kepala. Tapi lepas itu jadi lagi. Sekarang dah umur 38 tahun. Sejak sekolah kena pakai spek tapi on off sebab tak biasa.”

“Saya dapat double vision. Sekarang kalau tengok TV, dah tua-tua pun akan secara sendirinya (pandang) menyenget. Pakai kaca mata tak lekatlah pula.”

“Saya mata malas. Satu mata besar sikit dari mata sebelah.”

“Murid saya begini. Saya ingatkan dia tak puas hati dengan saya. Rupanya dia tengah tumpu tengok apa saya tulis di papan putih. Kesian dia, dah 18 tahun budaknya.”

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang