Inspirasi! Kieda tunai zakat perniagaan RM80,000. 'Jadi manusia memberi manfaat, pembayar zakat terbesar setiap tahun'
USAHAWAN pencuci mulut terkenal, Kieda Crepe menyatakan kesyukuran selepas selesai menunaikan tanggungjawab dengan menyalurkan zakat perniagaan sebanyak RM80,000 kepada Zakat Pulau Pinang.
Menerusi hantaran di Instagram, Kieda atau nama penuh Siti Nur Khalieda Yusra Mohd Jais berkongsi penghargaan buat mereka yang selama ini memberikan sokongan kepada perniagaannya.
"Terima kasih tak terhingga buat semua yang sudi support perniagaan Kieda dari rumah sehingga kini membuka kedai dan tour satu Malaysia," tulisnya.

Dalam pada itu, isteri kepada Hilmi Zaki itu turut menyatakan azamnya untuk terus menyumbang menerusi zakat dan berharap agar zakat yang disumbangkan akan memberikan manfaat dan disalurkan sepenuhnya kepada golongan memerlukan.
"Jadi manusia yang memberi manfaat selalu buat orang lain, dan menjadi pembayar zakat terbesar setiap tahun demi tahun," kongsinya.

Dia juga memohon maaf secara terbuka kepada mana-mana pihak yang pernah terguris hati dengan tindakannya sebelum ini selain mengharapkan doa orang ramai agar dirinya terus diberi peluang menjadi insan yang lebih baik.
"Mohon maaf jika Kieda selalu kecewakan kalian. Doakan Kieda jadi manusia yang jauh lebih baik," titipnya.
Semoga kisah Kieda ini menjadi inspirasi kepada golongan wanita untuk berani menceburi perniagaan dan menyumbang kembali kepada masyarakat menerusi zakat.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang
