Herpes sebab 'telur' suami masam? Virus boleh 'tidur’ dalam badan, doktor ini rungkai kekeliruan. 'Bukan semata-mata datang daripada lelaki'

No Image Caption
A
A
A

ISU berkaitan penyakit kelamin herpes menjadi topik bualan ramai susulan tindakan seorang pempengaruh membuat pengakuan berani mengenai masalah kesihatan yang dihadapinya.

Menerusi satu hantaran di Instagram, Kieda dilihat mendapatkan rawatan dengan doktor selepas disyaki terkena jangkitan herpes.

“Ini penyakit kelamin kan doktor? Saya dah rasa telur dia masam. Ini penyakit kelamin kan?” ujarnya menerusi satu vido yang viral di media sosial.

Ujarnya, biji-biji lepuhan pada bibir menyebabkan rasa kebas tetapi tidak menyakitkan.

Bagaimanapun, apa yang membuatkan warganet terkedu ialah apabila usahawan berusia 28 tahun itu selamba mendakwa jangkitan itu mungkin berpunca daripada suaminya.

Doktor kesihatan lelaki, Dr Ahmad Samhan Awang dalam satu perkongsian menjelaskan, jangkitan itu tidak semestinya boleh ditularkan menerusi pasangan. Ia  bukan bukan semata-mata datang daripada lelaki.

Dr Ahmad Samhan Awang
Dr Ahmad Samhan Awang

“Doktor… saya kena herpes sebab telur suami masam?”  Bunyi pelik, tapi jangan cepat salahkan pasangan. Jangkitan ini boleh datang daripada banyak punca.

Artikel Berkaitan:

"Apabila bibir naik gelembung kecil, pedih, rasa panas ramai fikir itu ulser. Tetapi jika berulang, ada kemungkinan ia herpes mulut (Herpes Simplex Virus Type 1).

"Ada yang datang mengadu: “Lepas saya buat hubungan intim oral, bibir saya terus melepuh. Suami saya punya bau pelik.” Ya, ia boleh jadi punca jangkitan, tapi penting untuk kita faham:

"Herpes bukan semata-mata datang dari lelaki. Virus ni sangat mudah berjangkit, dan ramai orang tak sedar mereka dah bawa virus ini sejak kecil," katanya.

Gambar hiasan
Gambar hiasan

Menurut Dr Samhan lagi,  virus berkenaan juga boleh 'tidur' dalam badan dan boleh aktif balik bila sistem imun lemah seperti ketika stres, demam mahupun akibat kedatangan haid.

"Kadang-kadang ia menjangkiti individu semasa kecil, menerusi  ciuman ahli keluarga, berkongsi sudu atau tuala," kongsinya.

Terdapat pelbagai cara yang boleh menyebabkan ia merebak seperti ciuman, walaupun tiada luka nampak, hubungan intim secara oral dengan pasangan dijangkiti, menggunakan barang peribadi orang lain atau berkongsi barangan seperti salap bibir, sudu atau penyedut minuman.

Malah, sentuhan tangan dari kawasan dijangkiti ke mulut sendiri boleh menjadi punca.

Gambar hiasan
Gambar hiasan

Tanda-tanda herpes mulut:

-Gelembung kecil di bibir

-Rasa gatal, panas dan pedih

-Demam ringan dan tidak bermaya 

"Kepada individu yang mendapati bibir mula melepuh atau rasa pedih, jangan ambil ringan. Herpes mulut mudah berjangkit, kadang tanpa disedari. Jaga kebersihan, elak berkongsi barang peribadi, dan sentiasa peka dengan perubahan tubuh.

"Lebih baik berjaga-jaga, daripada menyesal kemudian," kongsinya.

Ulser bibir,  jangan cepat buat tuduhan

Sementara itu, pengamal perubatan, Dr Zubaidi Ahmad turut memberitahu, lepuhan pada bibir disebabkan oleh HSV-1 tidak semestinya akibat jangkitan kelamin berbanding dengan jangkitan Herpes Simplex Virus jenis 2 (HSV-2). 

Herpes Simplex Virus jenis 1 (HSV-1) biasanya merujuk kepada Herpes Simplex Virus Type 1 (HSV-1).

"HSV-1 biasanya menyebabkan luka sekeliling mulut yang dikenali sebagai cold sores atau ulser bibir.

Dr Zubaidi Ahmad
Dr Zubaidi Ahmad

"Ada dua keadaan punca jangkitan. Ia boleh berlaku jika ada hubungan oral-genital dengan individu yang dijangkiti.  Patutlah doktor yang merawat tersipu-sipu menjawab soalan pesakit.

"Bermakna jika pesakit adalah wanita yang ada jangkitan dan luka di bibir, virus itu mungkin berasal dari alat kelamin suami.

ALLAH, malunya nak cerita mendalam tetapi untuk lebih faham saya berterus-terang sahaja.

"Ia juga biasa berlaku dalam kalangan orang yang bujang dan pasangan tidak curang. Virus HSV-1 boleh kekal dalam badan sepanjang haya kerana jangkitan boleh berlaku seawal zaman kanak-kanak melalui ciuman atau perkongsian sudu dan tidak disedari sehingga virus itu aktif semula. 

Titip Dr Zubaidi, tidak dinafikan kebanyakan individu yang membawa virus HSV-1 tidak menunjukkan gejala. 

"Maknanya wanita itu mungkin pernah ada jangkitan virus HSV-1 ketika kanak-kanak tanpa dia sedari atau ingat. Apabila dia stres atau sistem daya tahan menjadi rendah, virus itu aktif semula dan menyebabkan luka di bahagian bibir.

"Sebagai kesimpulan perubatan, benar, HSV-1 adalah penyakit kelamin suami, jika jangkitan berlaku di kawasan genital suami.

No Image Caption

"Namun, ia tidak semestinya datang daripada pasangan lain dan bukan bukti langsung kecurangan. Ia mungkin berasal dari wanita itu sendiri, yang pernah dijangkiti virus tanpa disedari.

"Diagnosis dan penjelasan lanjut perlukan ujian makmal  seperti ujian tindak balas rantai polimerase (PCR) atau ujian serologi dan riwayat perubatan lengkap.

Berikut adalah saranan Dr Zubaidi kepada individu yang mengalami lepuhan.  

1. Tidak cepat membuat kesimpulan atau tuduhan

2. Mendapatkan penilaian pakar sama ada pakar perubatan keluarga atau pakar dermatologi.

3. Rawatan antivirus seperti Acyclovir atau Valacyclovir boleh membantu kawal jangkitan.

Risiko rendah

Sementara itu, Facebook Public Health Malaysia (PHM) menjawab pertanyaan warga maya bagi mendapatkan kepastian sama ada HSV-1 boleh ditularkan dengan sentuhan khususnya bagi penjual makanan.

"Jika seseorang menyentuh luka herpes yang berada di permukaan kulit, kemudian dia menyentuh barang jualan, bekas, alatan berniaga sama ada dalam peti sejuk atau pada suhu bilik, adakah virus boleh menular?” tanya pengguna Facebook.

"Risiko rendah," komen PHM.

Seorang lagi netizen berminat tentang isu  tersebut terus bertanya sama ada virus HSV-1 boleh dijangkiti atau tidak melalui peralatan makanan yang digunakan individu yang dijangkiti virus tersebut.

Gambar hiasan
Gambar hiasan

"Jika individu mempunyai HSV-1 makan di kedai dan dia menggunakan peralatan seperti sudu, garpu dan pinggan.

"Selepas peralatan itu dibasuh, adakah masih ada risiko pelanggan lain dijangkiti jika menggunakan peralatan tersebut?” tulis pengguna Facebook.

"Tidak," kongsi PHM.

PHM juga turut dirujuk sama ada individu yang dijangkiti virus berkenaan boleh mengendalikan makanan dan merisikokan pembeli.

"Orang yang dijangkiti herpes boleh mengendalikan makanan jika tiada luka terbuka dan mengamalkan kebersihan tangan yang ketat.

"Namun, jika ada luka aktif pada tangan, bibir atau wajah, adalah lebih baik mereka tidak mengendalikan makanan secara langsung sehingga luka sembuh," kata PHM.

Sumber: Facebook 1, 2, X

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang