‘Jangan main-main dengan jenama saya’. Haliza Maysuri sarung tudung RM70,000 simbolik menang saman

No Image Caption
A
A
A

BUKAN sekadar fabrik biasa! Tudung bawal bernilai RM70,000 yang ditempah khas pengasas Bawal Exclusive itu menjadi simbol kejayaan paling manis.

Mana tidaknya, tudung eksklusif bertatahkan Swarovski tersebut disarung penuh bangga oleh Haliza Maysuri selepas menang kes saman fitnah terhadap bekas pengedarnya baru-baru ini.

Tudung mewah itu bukan untuk menunjuk, sebaliknya menjadi lambang kekuatan dan harga diri seorang usahawan wanita yang mempertahankan maruah selepas jenamanya dicalar dengan dakwaan tidak berasas di media sosial.

No Image Caption

Dalam perkongsian video pendek di platform Instagram miliknya, beliau menulis kapsyen seperti berikut:

“RM70,000 bukan hanya nilai tudung ini tapi simbolik pada maruah, harga diri dan kebenaran.

“Dulu, mereka kata saya riak bila pakai tudung mahal. Hari ini, tudung ini menyambut kemenangan saman fitnah bernilai RM70,000,” tulisnya.

Artikel Berkaitan:

No Image Caption

No Image Caption

Menurut jutawan berusia 47 tahun itu, tudung berkenaan bukan semata-mata aksesori, sebaliknya lambang perjuangan dan kemenangan bermaruah.

Semuanya adalah titik peluh setelah 27 tahun membina jenama daripada bawah tanpa modal besar, tanpa pendidikan formal dalam perniagaan dan tanpa sebarang keistimewaan.

No Image Caption

“Saya dan suami mula daripada sewa bilik kecil. Tak ada staf, tak ada modal, apatah lagi pasukan peguam tapi kami bina Bawal Exclusive dengan keringat dan air mata. Jadi jangan sesekali hina rezeki orang dan cabar diam orang.”

Kes saman itu juga katanya, bukan untuk menjatuhkan sesiapa, tetapi untuk memberi pengajaran bahawa di sebalik diam seseorang, jangan disangka mereka tidak akan bangkit mempertahankan maruah.

No Image Caption

“Kita tak perlu menjerit untuk membela diri. Cukup serahkan pada Allah dan undang-undang.”

Mahkamah turut mengarahkan pihak yang bersalah membayar RM70,000 ganti rugi dan melunaskan baki hutang bernilai RM570 selain memadam kenyataan fitnah serta diingatkan tidak mengulanginya.

Jangan jolok sarang tebuan

Bagi Haliza, tudung itu bukan sekadar simbol kemenangan tapi satu peringatan kepada sesiapa yang suka menyebarkan fitnah dan membuat tuduhan tanpa bukti di media sosial.

No Image Caption

“Ingat, bila maruah jadi taruhan, saya takkan diam. Semoga video dan gambar ini menjadi peringatan buat sesiapa yang ringan tangan menyebar fitnah. Jangan fikir diam itu lemah. Jangan sangka sabar itu kalah.”

Beliau turut menegaskan bahawa jenama Bawal Exclusive kini merupakan antara 10 jenama teratas rakan kongsi rasmi Swarovski di dunia sekali gus menjadi satu pencapaian yang patut dibanggakan oleh rakyat Malaysia.

No Image Caption

“Saya tak minta puji, saya cuma fokus pada perniagaan tapi bila jenama saya dipijak, saya tak akan biarkan. Bawal Exclusive bukan jenama main-main," tegasnya lagi.

 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang