Jovian Mandagie bankrap, gagal bayar pinjaman RM5.28 juta

PEREKA fesyen terkenal, Datuk Jovian Mandagie diisytiharkan muflis oleh Mahkamah Tinggi (Bahagian Insolvensi).
Memetik Sinar Harian, pereka busana berusia 39 tahun itu bankrap susulan gagal membayar pinjaman persahabatandaripada sebuah syarikat pembinaan kejuruteraan berjumlah RM5.28 juta.
Penolong Kanan Pendaftar, Muhammad Faisal Zulkifli, memutuskan demikian selepas membenarkan petisyen pemiutang yang dikemukakan oleh syarikat Cekap Air Sdn Bhd, yang difailkan pada 20 November tahun lalu.
Menurut petisyen berkenaan, Jovian selaku penghutang penghakiman dalam masa enam bulan sebelum tarikh petisyen berkenaan, telah melakukan perbuatan kebankrapan, iaitu gagal mematuhi Notis Kebankrapan bertarikh 21 Mei tahun lalu.
Notis berkenaan menyatakan Jovian berhutang kepada Cekap Air RM 5,284,340.66 termasuk faedah setakat 21 Mei tahun lalu, iaitu jumlah yang perlu dibayar berikutan penghakiman terus oleh Mahkamah Tinggi pada 2 April tahun lalu melalui kes saman utama.

Artikel berkaitan:
Terdahulu, bekas menantu bekas Perdana Menteri Malaysia kesembilan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob itu disaman secara berasinganpada 16 Mei 2023 selepas didakwa gagal membayar semula wang RM5 juta yang dipinjamkan atas dasar pinjaman persahabatan.
Pernyataan tuntutan menyatakan Jovian adalah kenalan kepada Pengarah Cekap Air iaitu Yong Zhen Wei dan Pengarah Bina Pragmatik iaitu Azirul Salihin.
Cekap Air mendakwa ia telah meminjamkan RM5 juta kepada Jovian atas permintaan lisan ahli perniagaan itu pada 25 Februari 2022 dengan memindahkan wang tersebut ke akaun pelanggan firma guaman yang mewakili pereka fesyen berkenaan.
Firma guaman itu mengesahkan penerimaan wang tersebut dan pinjaman persahabatan berkenaan perlu dilunaskan dalam tempoh tidak melebihi 12 bulan.
Pinjaman itu didakwa diberi dan dilakukan secara lisan dan kasual kerana plaintif dan defendan adalah kenalan dan tidak ada sebab untuk meragui Jovian kerana beliau memiliki beberapa perniagaan lain.
Bagaimanapun, beliau didakwa memungkiri perjanjian pinjaman itu dan sehingga kini gagal membayar semula atau memulangkan kembali wang berkenaan menyebabkan mereka mengalami kerugian.
Jovian telah memfailkan rayuan terhadap keputusan itu pada 30 April 2024.
Sumber: Sinar Harian 1, 2
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang