'Manusia lebih kejam daripada binatang!' Lebih seminggu hilang wanita dipercayai dibunuh, jasad hampir reput di kawasan longkang. Suspek sempat lari ke Kemboja

No Image Caption
A
A
A

SELAMA 10 hari menanti tanpa khabar berita sebelum mengetahui insan tersayang ditemui tidak bernyawa. Kehilangan Nurul Asikin Lan, 26, begitu menghiris hati keluarganya.

"Benar kata pepatah, manusia lebih kejam daripada binatang!"

Demikian perkongsian sepupu Nurul Asikin, Satila Layla selepas menerima perkhabaran jasad wanita itu dipercayai dibunuh dan mayatnya dibuang di Samajaya, Tabuan Jaya dekat Kuching, Sarawak.

No Image Caption

Menerusi hantaran di laman sosial, Satila mendakwa sepupunya tidak dapat dihubungi selepas keluar bersama lelaki yang baharu sahaja dikenalinya pada 5 Disember lalu.

Wanita malang itu difahamkan keluar makan bersama seorang kenalan lelaki warga lelaki warga tempatan dengan memakai dress berona kuning, memakai beg tangan hitam dan membawa bersama telefon bimbit jenis Iphone 14.

Sempat berkongsi maklumat lelaki berkenaan, menurut Satila pihak keluarga cuba menghubungi Nurul Asikin sejak malam kehilangan namun tidak berjaya. Malah mereka juga cuba menghubungi lelaki tersebut namun disekat.

Malah, lelaki tersebut juga dilaporkan telah terbang ke Kemboja, kononnya bagi menyaksikan perlawanan pasukan Harimau Malaya menentang Kemboja di negara tersebut.

Artikel Berkaitan:

Namun, perjalanannya ke sana tidak ditemani oleh mangsa, menyebabkan keberadaan wanita itu menjadi tanda tanya.

SUSPEK DITAHAN

No Image Caption

Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Mohd. Farhan Lee Abdullah berkata, suspek berusia 23 tahun itu ditahan tujuh hari sehingga 22 Disember susulan maklumat yang diperoleh pihaknya.

“Bertindak atas maklumat, pihak polis telah menemui mayat mangsa yang hampir reput di kawasan longkang Jalan Setia Raja, Kuching,” menurut kenyataan yang dikeluarkan.

Beliau menambah, proses mengenal pasti identiti mayat serta bedah siasat akan dilakukan bagi membantu siasatan.

BAPA RINDU KECERIAAN ANAK SULUNG

Luluh hati bapa, Lan Endor, 53, apabila kehilangan anak sulung yang mesra disapa Amoy selama lebih 10 hari berakhir tragedi menyayat hati.

Malah beliau juga tidak pernah lupa memberitahu ibu, Nasib Kantok, setiap kali ingin ke mana-mana.

No Image Caption

“Arwah selalunya akan memaklumkan kepada ibunya apabila keluar dari rumah.

“Oh Mak, kamek keluar makan” (Oh Mak, saya keluar makan)," kata Lan.

Menurutnya, isteri sempat memberi pesanan ringkas kepada Nurul Asikin sejurus sebelum anak sulung daripada empat beradik itu meninggal rumah.

“Jangan akhir gilak, esok mok kerja (Jangan lewat sangat, esok mahu kerja)," katanya.

Bapa Nurul Asikin, Lan Endor.
Bapa Nurul Asikin, Lan Endor.

Ketiadaan Nurul Asikin amat dirasai keluarga sementelah perwatakan arwah yang ceria.

Dalam pada itu, Lan berharap agar pihak berkuasa akan mengenakan hukuman yang setimpal kepada pelaku yang mengambil nyawa arwah anaknya itu.

'JANGAN MUDAH PERCAYA ORANG' - NANCY

Usah mudah mempercayai orang yang baharu kita kenali, itu pesan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), Datuk Seri Nancy Shukri yang sempat meluangkan masa menziarahi keluarga Nurul Asikin.

Beliau turut menitipkan pesan agar semua warga perlu ambil cakna akan keberadaan ahli keluarga, selain memaklumkan kepada ahli keluarga tentang individu atau kumpulan yang ditemui, bagi mengelakkan insiden hitam yang sama daripada berulang.

“Saya dengar kes-kes seperti ini semakin banyak berlaku dan nasihat saya kita perlu menjaga diri kita dan anak-anak kita serta pastikan kita sentiasa dalam keadaan yang selamat.

“Jangan terlalu mudah untuk mempercayai orang. Saya tidak tahu apa yang berlaku, tapi yang penting ialah kita jaga keselamatan diri kita dan juga keluarga kita, sebab selama ini memang terlalu banyak kes yang kita dengar,” katanya.

Tambahnya, khidmat kaunseling akan diberikan kepada keluarga Nurul Asikin.

BUKAN BARU KENAL 5 DISEMBER

Susulan tular di laman sosial tentang salah faham bahawa Nurul Asikin baharu mengenali suspek pada 5 Disember, Satila akhirnya bersuara.

"Salah info, tiadanya baru kenal pada 5 Disember. Sebenarnya 5 hari bulan adalah tarikh Nurul Asikin keluar dengan lelaki itu dan hilang.

"Boleh mengganggu siasatan polis jika info tidak betul," kongsinya memperbetulkan keadaan.

PERCAKAPAN SUSPEK TULAR

No Image Caption

Menerusi sebuah video yang tular, suspek mengenali Nurul Asikin dan sempat memaklumkan mereka hendak keluar.

Malah menurut sumber, ibu Nurul Asikin telah pengsan beberapa kali selepas berita penemuan mayat itu disampaikan kepada keluarga.

"Sebenarnya kami kendak keluarga. Saya kemudian dimaklumkan dia (Nurul Asikin) ada pergi makan dengan keluarga," kata suspek.

Sempat meneliti maklumat di telefon bimbit, suspek sempat memaklumkan kali terakhir bertemu Nurul Asikin pada Rabu, 27 November yang mana pada tarikh itu dia menghantar wanita itu pulang ke rumah.

Sama-sama kita doakan agar siasatan berjalan lancar dan pelaku pembunuhan Nurul Asikin terbela, al-Fatihah.

Sumber: Satila Layla, Astro Awani, Suara Sarawak, iloveborneo

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang