'Kalau jadi apa-apa di penjara, abang kena sabar, ye'– Titipan doa & pesanan isteri buat Dr Hafiz Sulaiman

No Image Caption
A
A
A

MALAM yang berlalu seakan terlalu perlahan. Mata Siti Aminah Sulaiman tidak mahu terpejam, hati dipenuhi rasa risau.

Firasat seorang isteri ternyata benar: Pagi ini suami tercinta, Dr Hafiz Sulaiman, sedang berada di zon bahaya. Dalam saat genting itu, hanya doa dan zikir menjadi penenang jiwa.

Pagi ini, ternyata perasaan itu benar. Kapal yang dinaiki suami beliau telah diintercept oleh komando di kawasan RedZone. Dunia Siti Aminah seakan berhenti seketika. Tapi syukur, mereka sempat video call melalui Telegram.

Dalam sekelip mata, rasa takut, sayang, dan doa bercampur menjadi satu.

“Jangan tinggal azkar pagi dan petang,” pesan Siti Aminah kepada suami. Memang Dr Hafiz mengakui tidak ingat semua senarai azkar, tetapi dia sentiasa membaca 3 Qul dan Ayatul Kursi. Siti Aminah titipkan doa pelindung yang penting:

بِسْمِ اللَّهِ الَّذِى لاَ يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَىْءٌ فِى الأَرْضِ وَلاَ فِى السَّمَاءِ وَهُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ

“Dengan nama ALLAH yang bila disebut, segala sesuatu di bumi dan langit tidak akan berbahaya. DIA Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui," Ujarnya lagi.

No Image Caption

Beliau juga pesan supaya suami tidak melakukan live semasa diintercept, demi keselamatan diri. Pernah ada peserta lain yang live semasa komando masuk kapal, view memang tinggi sehingga 500,000 orang. Tapi bila ditangkap, habis dipukul dan badan lebam. Siti Aminah mahu suami tetap tenang, berzikir dan ikut arahan kapten kapal.

Dalam perbualan itu, wanita itu juga sempat mengingatkan hadis yang menyatakan kita jangan berdoa untuk bertemu musuh. Namun, jika itu sudah takdir, kita kena sabar dengan apa yang menimpa.

Di akhir video call, Siti Aminah titipkan pesan terakhir: Semua yang Dr Hafiz lakukan adalah untuk perjuangan yang lebih besar. Bukan sekadar untuk rakyat P, tetapi juga untuk bumi barakah. Perjuangan ini bukan mudah; orang lain telah berkorban mata, tangan, kaki, bahkan nyawa mereka demi misi ini. Mereka juga perlu tabah dan sabar.

“Kalau jadi apa-apa di penjara, abang kena sabar ye,” kata Siti Aminah dengan suara bergetar.

Hati seorang isteri penuh doa, penuh harapan. Siti Aminah memohon semua mendoakan suami dan pasukan Mycare yang sedang berjuang di atas kapal.

Di saat ini, mereka sedang diintercept oleh askar komando, dan doa adalah senjata paling ampuh.

Hasbunallah wa ni'mal wakeel. Cukup untuk menenangkan jiwa yang gelisah.

Sumber: Facebook Siti Aminah Sulaiman 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang