'Kamu lahir dari kasih, bukan luka'- Coretan kasih seorang kakak, doa buat Umisya terus kuat undang sebak!
DALAM kehidupan yang penuh warna ini, kasih seorang kakak sering kali menjadi benteng paling lembut tetapi paling teguh.
Itulah yang tergambar dalam luahan hati penuh emosi oleh Nadiah Mazlan, kakak kepada pempengaruh terkenal, Umisya Mazlan, yang baru-baru ini menarik perhatian ramai di laman Threads.
Melalui satu hantaran yang sarat dengan rasa rindu dan doa, wanita itu berkongsi detik menyentuh hati selepas pulang dari rumah adik kesayangannya.
“Baru balik dari rumah budak kecil ni sebab dah beberapa hari tak jumpa sebab sibuk dengan event di Singapore.
"Tadi nampak je kelibat, muka senyum, depa tangan minta didukung. Bila didukung, terus letak muka dekat dada. Seolah nak bagitahu Haya rindu mama," ujarnya.
Dalam hantaran yang sama, Nadiah menulis dengan penuh kelembutan dan ketabahan, menitipkan kata-kata buat anak-anak saudaranya iaitu Hud, Nuh dan Haya.
Walaupun mungkin mereka masih kecil dan terlalu muda untuk memahami apa yang sedang berlaku dalam kehidupan ibu bapa mereka.
“Abang Hud, Abang Nuh, dan Haya kecil, kamu tak tahu apa yang berlaku.
"Mama harap bila kamu semua besar nanti, kamu faham bahawa kamu lahir dari kasih, bukan dari luka," tulisnya penuh makna.
Kata-kata itu tidak hanya menyentuh hati ramai, tetapi juga menyampaikan mesej mendalam tentang keutuhan cinta dan keikhlasan seorang ibu yang sedang diuji.
“Kamu semua punya Ummi yang sangat kuat. Cuma sekarang Ummi kamu diuji dengan cara yang tak mudah.
"Mama percaya Ummi dan Papa kamu orang yang baik. Kadang kasih diuji bukan sebab salah, tapi sebab ALLAH nak beri sesuatu.
"Dan nila kasih itu kekal, ia kekal bukan kerana dunia, tapi kerana ALLAH yang menjaganya," ujarnya lagi.

Pada masa sama, Nadiah turut menitipkan doa agar kebahagiaan itu tetap menjadi milik adiknya dan keluarga kecil yang pernah dibina dengan penuh kasih.
“Di akhirnya nanti kakak ingin lihat kamu bahagia bersama keluarga kecilmu. Meniti usia matang bersama kehidupan kamu.
"Melihat anak-anak tumbuh dewasa menjadi manusia yang penuh dengan didikan kedua-duanya kamu.
"Sementara kakak akan dan akan terus jadi pelindung kamu buat keluarga kecilmu," ungkapnya jujur.
Kata-kata itu bukan sekadar luahan, tetapi cerminan kasih seorang kakak yang tetap berdiri di sisi, tidak kira apa pun badai yang melanda.

Perkongsian itu mendapat sambutan hangat daripada warganet.
Ramai yang menitipkan doa dan kata semangat buat Umisya yang kini dilihat sedang melalui fasa mencabar dalam kehidupannya.
Antara komen yang menarik perhatian:
“Misya wanita hebat, kuat, baik hati dan sabar. Allah tahu Misya sanggup jalani ujian-Nya, sebab itu Misya diberi ujian yang tak semua wanita sanggup. Tapi Misya reda dan ikhlas. ALLAH pasti punya rencana indah di sebalik ujian ini. ALLAH angkat derajat Misya, rezeki Misya makin melimpah dan usaha Misya makin maju. Aamiin.”
Ada juga yang tersentuh dengan kasih antara dua beradik itu:
“Masya- ALLAH kakak, amin amin.”
“Subhanallah... sangat positif keluarga Misya ni. Kakyaaa, kami pun sayangkan Umisya tau.”
“Itulah kasih dan sayang seorang kakak kepada adiknya.”
Untuk rekod, Umisya merupakan isteri pertama selepas Aslam membuat keputusan untuk mengahwini anak kepada pasangan selebriti, Norman Hakim dan Abby Abadi, Marissa Dania Hakim di Songkhla, Thailand pada 27 Disember 2023.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang
