Kesat muka sebelum beredar, anak mangsa tragedi tanah jerlus datang bawa bunga untuk ibu

No Image Caption
A
A
A

PEJAM celik, sudah lebih sebulan tragedi tanah jerlus di Jalan Masjid India yang meragut nyawa seorang pelancong dari India, G Vijaya Lakshmi yang terjatuh ke dalam lubang dan sehingga kini masih belum dijumpai.

Anak mangsa, M.Suria dilihat berada di lokasi kejadian dengan membawa seplastik bunga dan melemparkannya ke lokasi tersebut baru-baru ini sebagai tanda memperingati mendiang ibunya.

Video yang diambil pada 22 September lalu itu memperlihatkan raut wajah pemuda yang berumur 25 tahun itu berada dalam keadaan sugul sebelum beredar sambil mengesat mukanya.

No Image Caption



Perkongsian video yang dimuat naik oleh pengguna aplikasi Tiktok, sarvaessrashbinrajappa itu telah meraih pelbagai komen daripada warganet termasuklah rakyat Malaysia.

Rata-rata menzahirkan ucapan takziah kepada anak mangsa tanah jerlus itu dan berharap agar mereka sekeluarga diberi ketabahan dalam menghadapi ujian ini.

kesian dia.. lepas ni, dia akan selalu datang tempat ni dan setiap kali dia lalu tempt ni, dia akan teringat mak dia apa la perasan kita kalau mak kita hilang di negara orang tanpa jumpa jasad kami minta maaf kami dah cuba sehabis baik

Dia mungkin boleh terima takdir kalau mak dia dijumpai tapi dah tak bernyawa cuma perit dia nak terima sebab jasad mak dia taktau kat mana mcm mana.. Jadi tanda tanya.. Perit perasaan yang macam ni..

Rip amma.. walaupun berlainan agama tapi tetap juga merasa kehilangan org yg tersayang. Semoga suatu hr nanti jasad amma dtemui

Saya pun turut sedih atas perkara yang telah berlaku... kamu sekeluarga memang orang yang tabah dan kuat.. semoga jasad ibu akan d jumpai suatu hari nanti

Sekadar info, pada 23 Ogos 2024, kita dikejutkan dengan berita kejadian tanah jerlus di Jalan Masjid India sehingga menyebabkan seorang wanita warganegara India hilang susulan jatuh ke dalam lubang besar yang terbentuk.

Selepas 9 hari proses mencari dan menyelamat (SAR) dilakukan, pihak berkuasa memaklumkan pencarian terpaksa dihentikan kerana pelbagai risiko terutamanya buat para anggota penyelamat.

No Image Caption



No Image Caption



Keluarga mangsa juga telah berangkat pulang ke India usai dimaklumkan tentang SAR terpaksa dihentikan selepas tiada jejak ditemui tentang mangsa walaupun pelbagai ikhtiar sudah dijalankan.

@sarvaessrashbinrajappa

Sad violin - Katsuyuki Takahashi

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang