Kieda cuci rahim lepas gugur, suami sanggup tukar tuala wanita penuh darah. 'ALLAH ambil anak tapi ganti dengan suami bertanggungjawb'
PENGUSAHA pencuci mulut, Siti Nur Khalieda Yusra Mohd Jais atau Kieda baharu sahaja menjalani prosedur dilation and curettage (D&C) bagi membuang tisu dalam rahim selepas mengalami keguguran pada Selasa.
Sedang menjalani proses berpantang, pempengaruh dan usahawan berusia 26 tahun itu sempat berkongsi suaminya, Muhammad Hilmi Mohd Zaki setia berada di sisi sepanjang di hospital.
Lebih menyentuh hati, demi kasihkan isteri, Muhammad Hilmi yang mesra disapa Amy itu sanggup menukarkan tuala wanita dipakai Kieda.
"Tukar pad penuh darah. Kieda hilang anak tapi ALLAH gantikan dengan suami yang sangat bertanggungjawab, insya-ALLAH.
"ALLAH gantikan rezeki yang diambil pada waktu yang tepat kelak," titip Kieda.
Menjalani prosedur D&C di sebuah hospital swasta di Pulau Pinang, Kieda terdahulu berkongsi proses berkenaan mengambil masa selama sejam setengah.
"Selamat tinggal anak ibu. 11.30 pagi masuk bilik pembedahan, 12.50 tengah hari dipindahkan ke bilik. Alhamdulillah selesai.
"Sedar-sedar sakit sangat perut ni. Sakit rengat bersalin. Ya ALLAH rasanya 'sebiji' sama seperti bersalin ada baby tapi baby tiada
"Ya ALLAH semoga kuat selalu. Sakit hilang anak dan kini sakit cuci keguguran. Semoga jiwa tak sakit," katanya.
Kieda terdahulu disahkan mengalami keguguran kandungan kembar tiga pada 15 Ogos lalu selepas degupan jantung janin berusia 10 minggu itu terhenti.
Lebih memilukan, kehamilan berkenaan amat bermakna buat Kieda dan suami yang sudah lima tahun menantikan zuriat ketiga.
Sedih dan terharu dengan perkongsian itu, warga maya memuji tanggungjawab dan layanan Amy buat Kieda.
Mereka malah mendoakan agar wanita itu dikurniakan rezeki anak pada masa akan datang.
Ujar mereka:
"Suami limited edition. Semoga kalian bahagia till jannah."
"Rezeki dapat suami yang baik dan bertanggungjawab. Semoga kieda terus kuat, jaga diri baik-baik."
"Percaya kepada ALLAH. DIA ambil dan akan pulangkan berganda-ganda lebih baik. ALLAH Maha Adil."
"Banyak dugaan tapi suami selalu di sisi. Untung sangat Kieda. anugerah yang terindah. Tak semua orang dapat merasai semua ini."
"Satu dalam sejuta. Untungnya Kieda. Semoga kalian kekal selamanya dan dikurniakan rezeki anak lagi pada masa akan datang."
Sumber: TikTok
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang