Kini Timbalan Menteri Agama, ucapan ibu Zara Qairina kepada Ustazah Marhamah undang perhatian. 'Tahniah, banyak jasa kepada saya'
IBU kepada Zara Qairina Mahathir, Noraidah Lamat, menzahirkan ucapan tahniah kepada Ustazah Marhamah Rosli yang kini dilantik sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).
Menerusi satu hantaran di Facebook, Noraidah berkongsi luahan penuh makna sebagai tanda penghargaan terhadap jasa dan peranan yang pernah dimainkan oleh Ustazah Marhamah dalam kehidupannya.
“Alhamdulillah. Tahniah puan, banyak jasa puan kepada saya. Hanya ALLAH SWT sahaja yang mampu membalasnya,” tulisnya ringkas namun sarat dengan emosi.
Ucapan tersebut sekali gus menarik perhatian warganet, lebih-lebih lagi apabila disertakan dengan tanda pagar #JusticeForZara, yang sehingga kini masih bergema di media sosial dan menjadi simbol solidariti serta tuntutan keadilan melibatkan kes anaknya.
Terdahulu, Ustazah Marhamah yang memperjuangkan keadilan dan ketelusan dalam kes Zara Qairina.
Imbas kembali, Zara Qairina, 13, meninggal dunia di HQE pada 17 Julai.
Pelajar Tingkatan Satu Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tun Datu Mustapha, Papar itu dimasukkan ke hospital berkenaan sehari selepas ditemukan tidak sedarkan diri di longkang berhampiran asrama sekolahnya di Papar pada 4 pagi.
Pada 13 Ogos lalu, Jabatan Peguam Negara (AGC) mengarahkan inkues dijalankan selepas meneliti laporan siasatan dikemukakan pihak polis, manakala sebelum itu pada 8 Ogos AGC mengeluarkan perintah untuk menggali semula kubur Zara Qairina bagi membolehkan bedah siasat dilakukan.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang
