Ustazah Marhamah pencetus #justiceforzaraqairina dilantik Timbalan Menteri Agama, 10 info menarik

No Image Caption
A
A
A

PENGUMUMAN khas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, mengenai barisan Kabinet baharu sedikit sebanyak menampilkan beberapa muka baharu dalam pentadbiran negara.

Antara yang mencuri perhatian ialah pelantikan Dr Zulkifli Hasan sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama)

Jawatan Timbalan Menteri Agama yang sebelum ini disandang beliau kini diisi oleh pendakwah yang dikenali ramai, Ustazah Marhamah Rosli.

Ustazah Marhamah sebelum ini dikenali sebagai pencetus perjuangan #JusticeForZaraQairina, iaitu kes kematian tragis berprofil tinggi yang mendapat perhatian luas masyarakat di dalam dan luar negara.

Artikel berkaitan:

Berikut 10 info menarik pendakwah dan aktivis kemasyarakatan ini:

1-Berasal dari Sabah, Ustazah Marhamah memegang Diploma Undang-Undang, Kolej Ugama Sultan Zainal Abidin.

2-Beliau kemudian meraih Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia pada tahun 2010.

Artikel Berkaitan:

3-Ustazah Marhamah kemudian mengikuti kursus Bahasa Arab Universiti Sains & Teknologi Sana'a, Yemen tahun 2008.

4-Terkenal dengan kelas tadabbur al-Quran, Ustazah Marhamah pernah mengikuti Pengajian Al-Quran Kaedah Rasm Uthmanim Kolej Ugama Sultan Zainal Abidin selama dua semester pada tahun 2004.

No Image Caption

5-Beliau aktivis yang tidak asing lagi dalam kerja-kerja dakwah dan kemasyarakatan di Sabah dan merupakan pengasas Sekolah Anak-Anak Asnaf - Pusat Pendidikan Bayu Raudhah Sabah dan jenama Soul to Soul & Mahabbah Muslimah.

6-Selain itu, Marhamah mempengerusikan Pertubuhan Kebajikan Bayu Raudhah Sabah, beliau juga Ikon Wanita Motivasi & Inspirasi 2023 bagi daerah Tawau.

7-Atas jasa bakti dan sumbangan, Marhamah pernah dinobatkan sebagai Anugerah Wanita Inspirasi 2024 dan Anugerah Pembangunan Modal Insan 2024.

8-Marhamah memiliki tauliah mengajar agama di Sabah Tauliah.

9-Beliau pernah memiliki tauliah mengajar khas negeri Selangor, Wilayah Persekutuan Labuan dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Al-Quran Negeri Sabah.

10-Sumbangannya kepada dakwah di Sabah tidak dinafikan lagi. Beliau juga pengasas Pengajian Agama dan Akademik, Pusat Pendidikan Bayu Raudhah Sabah, Kelas 4M, Pondok Nur Iman Baqiah, Kampung Simpang Mengayau, Kudat dan Kelas KAFA Muallaf Dewasa, Surau Ar-Raudhah, Kampung Pata-Tuhau, Kudat. Ustazah Marhamah juga Pengurus Pusat Pengajian Fardhu Ain & Fardhu Kifayah, Akademi Bayu Raudhah Putatan.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang