Lebih 50 peserta bakal berentap, 'Siti' yang mana paling pantas buat kerja rumah?

No Image Caption
A
A
A

KARNIVAL Rakyat Karangkraf 2024 bakal mencatat sejarah baharu dengan kehadiran lebih 50 wanita bernama Siti dalam satu pertandingan anjuran SinarPlus.

Pertandingan Mencari Siti membuka peluang kepada peserta bernama Siti dalam menonjolkan bakat dan kemahiran masing-masing untuk berentap pada Sabtu ini.

Menurut Editor Eksekutif Lifestyle Sinar Harian, Meen Tahrin, 'Siti' sebenar akan dipilih berdasarkan keupayaan dan ketangkasan menyelesaikan cabaran.

No Image Caption

"Untuk menjadikan pertemuan antara ‘Siti’ ini lebih istimewa, kami akan mengadakan pertandingan seperti melipat baju paling kemas, mengasingkan beras, kacang hijau, lada hitam paling pantas; mengupas bawang dan pelbagai lagi.

“Pada hujung program, kita akan mengetahui siapakah ‘Siti’ yang terbaik antara yang terbaik. Pemenang akan berpeluang membawa pulang wang tunai sehingga RM1,000 berserta hadiah iringan lain,” ujarnya.

Tambah beliau lagi, cabaran diberikan adalah berdasarkan ciri-ciri wanita Melayu yang mampu membawa gelaran Siti sebagai wanita Melayu terakhir.

"Mencari Siti merupakan satu program yang julung-julung kali diadakan. Ia bertujuan menghimpunkan seberapa ramai wanita yang bernama ‘Siti’ pada hari kedua karnival tersebut berlangsung," jelas Meen lagi.

Sehingga kini, aktiviti tersebut mendapat sambutan lebih 50 penyertaan.

Malah, pihak SinarPlus masih mengalu-alukan lebih ramai peserta yang berminat untuk menyertai program berkenaan.

"Pertandingan ini mendapat sambutan ramai yang mana sudah lebih 50 penyertaan dihantar untuk turut serta.

"Sehingga kini, kami masih membuka peluang kepada anda yang bernama ‘Siti’ dari seluruh Malaysia yang berminat tetapi masih belum berdaftar, bolehlah berbuat demikian sebelum 26 Julai ini.

"Pada hujung program iaitu 27 Julai ini, kita akan mengetahui 'Siti'yang terbaik antara yang terbaik dan berpeluang membawa pulang wang tunai berserta hadiah iringan lain," ujar Meen.

Dalam pada itu, keterlibatan kerjasama Lembaga Zakat Selangor (LZS) dalam program berkenaan juga membuka peluang untuk meningkatkan pemahaman dan pengetahuan mengenai zakat, khususnya kepada kaum wanita.

No Image Caption

Selain hebat dalam menguruskan rumah tangga, kaum Hawa juga memiliki pengetahuan akan rukun Islam ketiga itu.

Pemilik Klinik Camellia, Dr Siti Nor Raha Tuhaijan yang juga bekas penerima bantuan pendidikan LZS antara yang boleh dijadikan aspirasi dalam kalangan kaum wanita Muslimah berjaya.

Bagi anda yang bernama ‘Siti’, jangan ketinggalan untuk menyertai pertandingan ini. Daftar DI SINI atau di Kod QR yang disediakan. Maklumat lanjut hubungi nombor tertera 019 232 9032.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang