"Malaikat Memanggil Mu..."Adik tinggalkan nota seolah-olah tahu ajalnya telah tiba

No Image Caption
A
A
A

JODOH pertemuan dan ajal maut di tangan tuhan. Siapa sangka perancangan untuk bercuti panjang hujung minggu lalu menjadi berita duka buat keluarga Allahyarham Muhammad Kamaruzzaman Zamahari.

Detik12 Oktober yang lalu pastinya meninggalkan memori hitam buat keluarga Muhammad Kamaruzzaman apabila anggota tentera berpangkat prebet itu maut dalam kemalangan jalan raya di Muar, Johor.

Kisah anak bongsu itu mendapat perhatian ramai apabila arwah sempat meninggalkan nota ringkas berbunyi "malaikat memanggilmu". Bahkan, nota tersebut ditulis tangan pada satu botol kosong.

No Image Caption

Kakak Allahyarham iaitu Naazamm yang melihat sendiri barangan tinggalan arwah itu mengakui adiknya itu seolah-olah sudah mengetahui umurnya tidak panjang.

Tulisan terakhir Arwah sebelum lapor cuti weekend 3hari "Malaikat memangil mu".Allahuakbar.Macam tau dia nak pergi.dia tinggalkan tulisan tu kat bilik.

Sebelum meninggal dunia, arwah juga sempat mengirimkan gambar semasa menjalani latihan ketenteraan sekaligus menjadi gambar terakhir buat keluarga tersayang.

No Image Caption

"Gambar terakhir dia semasa latihan.Hensem muka kau dikk. ALLAH sayang kau.ALLAH pinjamkan kau dengan kamek orang hanya 20 tahun.

Arwah yang sebelum itu merancang untuk pulang ke rumah keluarganya pada bulan Oktober, nyata hasrat itu menjadi kenyataan namun kepulangannya kali ini untuk selama-lamanya.

"Kau janji nak balik bulan 10 adalah nyata sayang. Tapi kepulangan kau beri kesan dengan kami semua. Tak mampu berkata apa-apa apabila kau pulang tanpa gelak tawa dengan kami semua dirumah.

No Image Caption

"Semoga tenang di alam abadi. ALLAH lebih sayang kau. Semoga ditempatkan dengan orang beriman.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang