Mowgli Malaysia, Syukur Khamis tamat pengajian TVET, kini 'pomen muto'  urus bengkel keluarga

No Image Caption
A
A
A

KANAK-kanak yang pernah diberi jolokan Mowgli Malaysia dan pernah tular bergambar dan berinteraksi dengan sekawan kerbau kini berjaya menamatkan pelajaran di GiatMara Hulu Terengganu.

Menerusi hantaran di Facebook, Giatmara Malaysia,  Muhammad Syukur Khamis, 20, telah menamatkan Kursus Teknologi Motosikal dalam tempoh enam bulan dengan jayanya!

Syukur yang berasal dari Kampung Banggol Katong, Kuala Terengganu diraikan dalam Majlis Graduasi GiatMara ke-38 pada Rabu lalu.

“Syukur bukan sahaja serasi dengan hidupan dan alam malahan dia cekap dalam kemahiran.

“Sentiasa menyertai pertandingan kemahiran dianjurkan, dia sekarang ‘pomen muto’ menguruskan bengkel motosikal milik keluarga yang menjadi pilihan orang kampung dan rakan-rakan,” tulis kenyataan itu.

Menerusi hantaran di Facebook, anak bongsu daripada lapan beradik itu bersyukur kerana berjaya menamatkan pelajaran dalam bidang TVET.

“Alhamdulillah, terima kasih buat bonda tercinta, keluarga dan rakan taulan. Selamat maju jaya buat semua graduan,” tulisnya.

Sekadar info, Syukur pernah menjadi tumpuan para jurugambar dalam dan luar negara.

Dia mula mencipta populariti selepas kebolehannya berinteraksi dengan lebih 100 ekor kerbau peliharaan ayahnya, Khamis Jusoh, 63, mulai tular di media sosial.

Syukur menjadi bualan ramai selepas gambarnya bersama sekawan kerbau itu muncul juara peringkat Asia pada 2019 dan muncul antara 20 terbaik dunia.

Sumber: Giat Mara Malaysia, Syukor Khamis

 

 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang