‘Pandang sebagai seorang ibu, bukan ahli politik’ - Nurulhidayah kini ibu angkat Putri Qisya

Putri Qisya kini anak angkat kepada Nurulhidayah.
Putri Qisya kini anak angkat kepada Nurulhidayah.
A
A
A

ANAK kepada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Nurulhidayah Ahmad Zahid meluangkan masa bagi menziarahi anak sulung kepada pasangan suami isteri yang terkorban bersama empat anak mereka dalam tragedi di Sungai Korok pada Sabtu lalu.

Detik pertemuan itu dikongsikan Nurulhidayah menerusi hantaran di Instagram miliknya dengan memuat naik gambar bersama puteri sulung itu, Putri Qisya Nur Izzat, 12.

Dalam hantaran tersebut, beliau turut memperkenalkan kanak-kanak itu sebagai anak angkatnya, berikutan mempunyai nama yang mirip dengan arwah ibu Putri Qisya yang terkorban iaitu Nurul Hidayah.

Nurulhidayah (kanan) menziarahi Putri Qisya (tengah) di Jerlun. Foto: Instagram nurul.zahid
Nurulhidayah (kanan) menziarahi Putri Qisya (tengah) di Jerlun. Foto: Instagram nurul.zahid

“Kenalkan anak baru saya, Putri Qisya. Alhamdulillah ALLAH permudahkan. Semoga Qisya membesar menjadi wanita solehah yang cemerlang, berjaya dan disegani.

“Thethe sayang Qisya. Arwah mama Qisya nama Nurul Hidayah. Thethe baru Qisya, Nurulhidayah,” tulisnya pada ruangan kapsyen.

Dalam hantaran yang berbeza, Exco Wanita Umno itu turut meminta orang ramai agar memberi ruang kepada beliau dan memandangnya sebagai seorang ibu, bukan ahli politik.

Menurutnya, menyantuni anak-anak yatim bukan satu agenda politik mahupun untuk meraih simpati.

Artikel Berkaitan:

Nurulhidayah menziarahi Putri Qisya di Jerlun. Foto: Instagram nurul.zahid
Nurulhidayah menziarahi Putri Qisya di Jerlun. Foto: Instagram nurul.zahid

“Pertamanya, terima kasih atas kata-kata sokongan dan semangat buat saya untuk terus menyantuni Qisya. Dia adalah jiwa kecil kehilangan sandaran yang memerlukan kasih sayang, perhatian dan tangan yang menghulur tanpa syarat.

“Menyantuni anak yatim bukan strategi untuk meraih ‘mileage’ politik. Ia adalah amanah dan kewajipan kita sebagai manusia, pemimpin dan anggota masyarakat yang berperikemanusiaan.

“Qisya tidak memilih untuk menjadi yatim piatu tetapi dia boleh memilih siapa untuk dia menumpang kasih, bukan kerana nama atau pujian tetapi kerana saya seorang ibu dan manusia,” katanya.

Tambah beliau lagi, anak-anak yatim bukan satu alat untuk publisiti, sebaliknya insan yang perlu disantuni dengan penuh kasih sayang dan keikhlasan.

Sementara itu, beliau turut berharap agar ALLAH membimbing jiwa dan hatinya dengan ketenangan dalam menghadapi tohmahan dan kecaman musuh politik.

Tangkap layar hantaran Nurulhidayah menerusi Instagram selepas menziarahi Putri Qisya di Jerlun.
Tangkap layar hantaran Nurulhidayah menerusi Instagram selepas menziarahi Putri Qisya di Jerlun.

“Senyum yang terukir di wajah Qisya dan warisnya sewaktu saya menziarahi mereka tadi adalah semangat dan motivasi buat saya bahawa kehidupan yang sementara ini untuk menjadi hamba-Nya yang memberi manfaat kepada hamba-Nya lain.

“Penilaian ALLAH lebih penting dari segala apa yang saya lalu kini. Saya memiih untuk berkongsi pengalaman saya menyantuni Qisya kerana saya mahu mereka yang melihat akan menjadi lebih hebat daripada saya dalam menyebarkan kasih sayang,” jelasnya.

Sebelum ini media melaporkan kehilangan enam sekeluarga ketika dalam perjalanan pulang dari rumah saudara di Taman Aman, Jitra ke Jerlun pada jam kira-kira 5.30 pagi Sabtu.

Tangkap layar hantaran Nurulhidayah menerusi Instagram selepas menziarahi Putri Qisya di Jerlun.
Tangkap layar hantaran Nurulhidayah menerusi Instagram selepas menziarahi Putri Qisya di Jerlun.

Kehilangan itu terjawab apabila kenderaan dinaiki kesemua mereka ditemui dalam keadaan terapung di Sungai Korok pada Isnin di mana kesemua mangsa disahkan telah meninggal dunia.

Anak sulung mangsa, Putri Qisya tidak turut serta kerana berada di rumah neneknya di Jerlun ketika kejadian.

 

 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang