'Jangan sedih, ayah tak boleh jaga kakak dah lepas ini.' Anak sulung kongsi bapa muncul dalam mimpi, titip pesan terakhir

No Image Caption
A
A
A

 

HILANG enam sekeluarga dalam tragedi menjadikan Putri Qisya Nur Izzat, 12, yatim piatu dalam sekelip mata.

Tiada kata mampu menggambarkan kesedihan yang ditanggung remaja itu. Menerusi temu ramah bersama Sinar Harian, dalam nada sebak, Putri Qisya sempat berkongsi telah bermimpi bapanya, ibu dan adik-adik hadir menitipkan pesan.

Menurut remaja perempuan itu, ketika pesanan diberikan, dia sedang berbaring di atas paha ayahnya, Muhammad Azim Izat Ishak, 32, yang sedang duduk di sofa.

"Ayah pesan jangan sedih sebab tak boleh jaga kakak dah lepas ini.

"Ibu pula tengah dukung adik kecil dan adik-adik lain pun ada... Muka ayah bersih dan pakai baju jersi yang sama sebelum keluar rumah Jumaat lalu," katanya.

No Image Caption

Bagaimanapun, selepas itu Putri Qisya tersentak dari tidur dan menyedari pesanan itu hanyalah mimpi semata-mata, jelasnya.

Artikel Berkaitan:

"Dalam pukul 8 pagi saya terjaga dari tidur dan terus ke bahagian depan sebelum nenek dan ibu saudara pesan supaya jangan risau. Mereka akan jaga dan tidak akan biarkan saya keseorangan.

"Masa itu, mereka tengah tengok siaran langsung operasi menaikkan kenderaan. Masa itu saya baru baru tahu keluarga terlibat kemalangan," katanya.

Menurutnya, ibu dan adik-adiknya keluar ke rumah ibu saudaranya selepas waktu Isyak pada Jumaat lalu.

Katanya, memang sudah menjadi kebiasaan mereka sekeluarga berkunjung ke sana, namun kali ini hatinya berasa berat untuk ikut serta.

"Sebelum keluar, salah seorang adik cuba pujuk sebab katanya mereka nak jalan-jalan, tetapi rasa macam tak mahu kali ini sebab dah selalu pergi," katanya.

No Image Caption

Tambahnya lagi, sepanjang kehilangan keluarganya itu, dia turut serta membuat pencarian di sungai bersama ahli keluarga lain.

"Hati saya memang berdebar-debar dan berasa tidak sedap semasa ikut mereka pergi mencari keluarga," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintenden Mohd Radzi Rahim berkata, siasatan awal di lokasi kejadian mendapati, tiada kesan brek atau serpihan kemalangan di kawasan rumput berhampiran sungai.

Hasil semakan di tempat kejadian, terdapat kesan laluan kenderaan di atas rumput yang terus menghala ke sungai.

Tiada kesan brek, tiada kesan pelanggaran, dan tiada cebisan kenderaan lain ditemukan. Berdasarkan keadaan berkenaan, polis percaya kereta yang dipandu Mohammad Azim Izat terbabas sendiri.

Sumber: Sinar Harian

 

 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang