Putri Qisya jadi anak angkat Mara. 'MRSM bersedia menerimanya tahun depan'

Foto: Bernama
Foto: Bernama
A
A
A

 

MAJLIS Amanah Rakyat (Mara) akan menjadikan anak sulung pasangan yang lemas Sungai Korok, Putri Qisya Nur Izzat, 12, sebagai anak angkat sehingga menjejakkan kaki ke peringkat universiti.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi merangkap Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah yang ditemui pemberita Bernama selepas menziarahi rumah nenek kanak-kanak itu di Kampung Bohor Karang, Jerlun turut menitipkan nasihat kepada Putri Qisya supaya terus tabah serta kuat menghadapi ujian hidup menjadi anak solehah.

"Saya mintanya sentiasa membaca al-Fatihah dan Yasin untuk dihadiahkan kepada ibu bapa serta adik-beradiknya yang telah pergi.

"Saya juga galakkan dia untuk belajar bersungguh-sungguh demi masa depannya," katanya.

Foto: Sinar Harian
Foto: Sinar Harian

Dalam pada itu, Zahid juga menyatakan kesediaan Mara untuk memberi ruang buat Putri Qisya di Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) dan membantunya meneruskan pelajaran sehingga peringkat universiti.

"Insya-ALLAH, MRSM (Maktab Rendah Sains MARA) bersedia menerimanya tahun depan dan perkara itu turut dipersetujui oleh neneknya.

Artikel Berkaitan:

"Selain itu, segala bantuan yang diperlukan akan disalurkan dan kita akan ikhtiarkan yang terbaik untuk masa depannya," katanya.

Dalam pada itu, kata Ahmad Zahid, kerajaan akan meneliti cadangan untuk membina pagar penghadang dan memasang lampu jalan di Jalan Sungai Korok, Jitra.

Foto: Bernama
Foto: Bernama

Ujarnya, beliau telah diberikan taklimat oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) berhubung penambahbaikan infrastruktur di laluan berkenaan yang menghubungkan Jitra dengan Jerlun.

"Kita akan berbincang dengan JKR untuk membuat guardrails (penghadang) di tepi sungai itu, dan lampu jalan akan saya ikhtiarkan untuk dipasang di kawasan berkenaan dan juga kawasan-kawasan gelap yang lain.

"Secara kebetulan, saya juga merupakan Pengerusi Jawatankuasa Kabinet Mengenai Keselamatan Jalan Raya dan Kesesakan Jalan Raya, dan perkara ini akan saya maklumkan kepada menteri yang berkenaan supaya tindakan segera dapat dilakukan," katanya.

SinarPlus terdahulu berkongsi Putri Qisya telah ditawarkan tajaan penuh pengajian kepada bagi menyambung persekolahan dari Tingkatan Satu hingga Tingkatan Lima di Sekolah Tajaan Zakat Kedah, di bawah seliaan penuh Lembaga Zakat Negeri Kedah Darul Aman (LZNK)

Terdahulu, kanak-kanak itu menjadi perhatian selepas enam ahli keluarganya meninggal dunia dalam tragedi di Sungai Korok selepas gagal dikesan sejak Sabtu selepas pulang dari rumah adik di Taman Aman, Jitra. - BERNAMA

 

 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang